• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Manifesto Pemuda BN Garis 8 Jaminan Orang Muda

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin malam ini melancarkan manifesto golongan muda yang dikenali sebagai “Jaminan Orang Muda” bersempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Manifesto itu menggariskan lapan jaminan untuk memperhebat orang muda dalam tempoh lima tahun akan datang, melibatkan peluang pekerjaan dan latihan, meningkatkan pendapatan dan kemahiran, memperkasa ekonomi belia luar bandar, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan dan meringankan beban keluarga muda.

Selain itu, Pemuda BN turut berjanji untuk menyediakan kehidupan berkualiti, memastikan peluang untuk segenap segmen dan mengangkat idea generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Melalui jaminan peluang pekerjaan dan latihan, setiap warga muda akan dibantu untuk mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas berdaftar dengan sistem Tawaran Orang Muda.

Bagi mencapai jaminan tersebut, Barisan Nasional (BN) akan memadankan orang muda dengan projek-projek infrastruktur mega negara, memberi insentif untuk usahawan sosial mencipta lebih banyak peluang pekerjaan selain melengkapi lebih lima juta pelajar sekolah dengan kemahiran digital Revolusi Industri 4.0 selain lebih sejuta orang muda akan mendapat peluang latihan dan kerjaya dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Dalam meningkatkan pendapatan dan kemahiran, ia meliputi bantuan kewangan untuk pekerja muda belajar kemahiran baharu secara dalam talian atau membeli perisian komputer berkaitan kerja selain mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kepada paras 15 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja negara dan mewujudkan gelombang baharu usahawan desa.

Inisiatif lain termasuk memperluas ekonomi digital di desa, menyediakan bantuan perkahwinan bagi mengurangkan beban kewangan untuk berkahwin serta meningkatkan jumlah unit rumah mampu milik, rumah mampu sewa dan rumah transit.

Turut hadir pada pelancaran tersebut Timbalan Pengerusi Pemuda BN merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun; Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon; Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang; Ketua Pemuda MIC, Sivarraajh Chandran dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Ribuan anggota komponen BN memenuhi segenap ruang Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di sini sebagai simbolik kesiapsiagaan jentera sayap parti itu menyahut gendang perang PRU14.

Pada 7 April lepas Najib telah melancarkan Manifesto BN di Axiata Arena, Bukit Jalil yang mengandungi 14 teras dan 364 inisiatif dalam usaha memperhebat negara. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd