• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Kerajaan Isytihar Cuti Mudahkan Pengundi

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada lagi alasan rakyat yang bekerja di sektor awam dan swasta untuk keluar mengundi selepas kerajaan mengumumkan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata pengumuman itu membuktikan kerajaan peka dan memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada hari berkenaan.

“Apa disuarakan Cuepacs didengari kerajaan. Terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar suara rakyat, memberi peluang kepada golongan pekerja termasuk penjawat awam dan pekerja swasta serta majikan menunaikan kewajipan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi PRU14.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan hari pengundian PRU14 adalah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon 28 April, manakala tarikh pengundian awal 5 Mei.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata kerajaan sudah memberi peluang kepada rakyat yang bekerja, dan hari cuti itu harus dimanfaatkan untuk mereka berdaftar sebagai pemilih keluar mengundi.

“Sekiranya terdapat penurunan peratusan pengundi selepas pengumuman hari kelepasan am tambahan itu, maka terdapat kemungkinan sikap masyarakat Malaysia masih lagi di tahap lemah.

“Sebagai penjawat awam, kita mesti meningkatkan peratusan yang keluar mengundi bagi menunjukkan jati diri ‘negaraku hebat’. Ini peluang untuk kita memilih calon yang dapat memperjuangkan nasib dan hak rakyat,” katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon yang mengalu-alukan pengumuman kerajaan itu, berharap rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura turut diberi pelepasan untuk pulang mengundi.

“Walaupun kami anggap hari Sabtu lebih sesuai, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu akan memberi kemudahan untuk menjalankan tanggungjawab kita sekali dalam tempoh lima tahun.

“Justeru kita harap kerajaan Malaysia akan minta kerajaan Singapura untuk memberi cuti tanpa rekod kepada hampir 500,000 pekerja Malaysia yang bekerja di negara berkenaan supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawap mereka tanpa sebarang halangan,” katanya.

Tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, Mohd Hazim Asran Abdullah, 39, berpendapat pengumuman itu selari dengan usaha dan pelbagai promosi bagi menggalakkan pendaftaran pengundi baharu yang giat dijalankan sepanjang lima tahun kebelakangan ini.

“Menjadikan hari pengundian sebagai cuti umum mampu meningkatkan peratusan keluar mengundi sekali gus membolehkan lebih ramai pengundi menyuarakan hak mereka,” jelasnya.

Penjawat awam Shafril Azmi Shaharin, 42, dari Cyberjaya pula berkata pengumuman itu dapat memudahkan pihak majikan membuat persediaan awal dalam mengatur atau membuat penyusunan semula jadual operasi masing-masing.

“PRU hanya berlaku setiap lima tahun, jadi hari kelepasan itu penting untuk memberi peluang kepada rakyat menunaikan kewajipan terhadap negara tanpa menjejaskan operasi jabatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan menasihatkan majikan untuk menerima tarikh 9 Mei sebagai cuti umum seperti yang diisytiharkan kerajaan.

“MEF nasihatkan majikan melihat tarikh tersebut (9 Mei) sebagai cuti umum, sebagai tambahan kepada cuti umum yang ada pada masa ini.

“Jika majikan mempunyai keperluan untuk beroperasi pada hari berkenaan, itu masih boleh dilakukan di mana pekerja diberi peluang untuk mengundi terlebih dahulu dan syarikat boleh bayar mengikut kadar cuti umum pada hari berkenaan,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Azih MudaPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd