• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: 14,000 APM Bertugas Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seramai 14,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara akan bertugas sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berlangsung iaitu semasa hari penamaan calon, pengundian dan pengumuman keputusan.

Ketua Pesuruhjaya APM Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya berkata anggota pasukan perubatan juga akan ditempatkan di lokasi untuk memudahkan rawatan kecemasan awal diberi kepada mana-mana individu yang memerlukan.

“Selain pasukan perubatan, pasukan pengawal keselamatan pula akan bersiap siaga mengawal keadaan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melawat anggota APM Terengganu, Mohamad Haiqal Ahmad Tarmizi yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Mohamad Haiqal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu sejak 20 Mac lepas akibat kemalangan ketika bertugas di daerah Besut.

Azmy turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM3,000 daripada Tabung Angkatan Pertahanan Awam (TAPA) kepada Mohamad Haiqal sebagai menghargai komitmen tingginya dalam menjalankan tugas selama ini.

Sementara itu, Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata seramai 700 anggota akan bertugas di negeri ini pada PRU14 yang akan ditempatkan di lapan kawasan Parlimen dengan tumpuan diberi di kawasan panas yang dikenal pasti. – BERNAMA

Tags: APMPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd