• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Di Indonesia Mesti Boleh Hafal Al-Quran

oleh
20/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUN lalu, Indonesia gempar apabila calon politik mahu tanding jawatan gabenor di Aceh wajib mahir bacaan al-Quran sebelum layak menyertai proses pilihan raya wilayah autonomi Islam itu.

Namun mulai tahun ini, beberapa pasukan polis daerah (Polda) di seluruh Indonesia mula menetapkan syarat dalam pemilihan anggota baharu dengan kelulusan khusus bagi calon hafal al-Quran, menurut laporan media tempatan.

Polda Wilayah Jawa Timur, misalnya, menjamin setiap calon yang mampu menghafal kitab suci tersebut hingga 30 juzuk akan langsung lulus diterima sebagai bakal anggota dalam pelbagai jabatan Polis Republik Indonesia (Polri).

Ketua Divisyen Hubungan Masyarakat Polda itu, Frans Barung Mangera, menjelaskan anggota polis yang hafaz al-Quran akan diberi tugas khas untuk membentuk keperibadian masyarakat melalui kegiatan bercorak keagamaan.

“Kita berharap anggota yang memiliki kemampuan terutama dalam bidang agama, termasuk hafal al-Quran 30 juz, 20 juz, atau pun 10 juz itu dapat masuk menyantuni masyarakat,” ujar beliau kepada portal berita BBC Indonesia.

“Ini kita berharap mereka bakal menjadi dai’ (pendakwah) yang masuk ke pesantren mahu pun ke masjid dalam rangka menyampaikan tugas kepolisian yang meliputi bidang keamanan dan ketertiban masyarakat,” jelas Frans.

Untuk rekod, syarat serupa dilaksanakan Polda Wilayah Jawa Barat dan Jawa Tengah untuk pengambilan anggota baharu tahun lalu, sekali gus melengkapkan seluruh pulau terpadat manusia di dunia itu dengan mereka yang hafiz.

Usaha rekrut anggota polis hafal al-Quran sebenarnya sudah mula dilakukan Polda Wilayah Sumatera Selatan dan Markas Besar Polri (Mabes) di wilayah Jakarta sejak 2014 bagi kekang gejala negatif dalam pasukan uniform itu.

Ia mengikut jejak langkah Polda Wilayah Aceh yang merintis anggota hafiz kitab itu sejak hukum syariah diwartakan pada 2004 di samping syarat asas dapat baca al-Quran dengan lancar jika calon terbabit tidak pula mampu hafal.

Bagaimanapun syarat wajib Polri iaitu ketinggian minimum tubuh badan untuk lelaki 165 sentimeter dan wanita 158 sentimeter selain ujian kesihatan, tidak berkanta dan sebagainya masih tetap ada. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Al-QuranIndonesiaPoldaPolri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd