• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: Pahang Buntu Bertemu JDT Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
07/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat tanpa jaringan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan suku akhir pertama Piala FA 2018 di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini.

Dengan keputusan tersebut, skuad Tok Gajah berhadapan cabaran getir kerana wajib mencatat kemenangan apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 20 April ini, sekiranya berhasrat untuk melangkah ke separuh akhir musim ini.

Pada awal babak permainan, kedua-dua pasukan dilihat bermain secara berhati-hati dan sesekali menguji bahagian pertahanan dengan melakukan serangan kurang berbahaya ke arah gawang gol.

Pada minit ke-39, skuad Harimau Selatan hampir mendahului pasukan tuan rumah menerusi sepakan percuma kapten pasukan Safiq Rahim, namun tendangannya terkena palang gol.

Pasukan pelawat sekali lagi mengancam kubu pasukan pantai timur itu pada minit ke-42 apabila Mohamad Fadhli Shas melakukan tandukan kencang hasil sepakan sudut Muhammad Safawi Rashid, namun percubaannya itu berjaya dinafikan penjaga gol, Mohd Helmi Heliza Elias.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Dollah Salleh bermula garang apabila pemain import dari Kemboja, Vathanaka Chan merembat kencang setelah menerima hantaran leret Patrick Cruz dalam kotak penalti pada minit ke-55, namun tendangan pemain import itu terkena tiang gol.
Keputusan 0-0 itu kekal sehingga wisel penamat.

Tiga lagi aksi suku akhir pertama Piala FA malam esok, menyaksikan Kuala Lumpur akan menentang Selangor, PKNS FC berdepan Perak, manakala PKNP FC akan bertemu Felda United FC. – BERNAMA

Tags: JDTPiala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Sumbang 21.500 Mata Untuk MA Ranking Malaysia

JDT Sumbang 21.500 Mata Untuk MA Ranking Malaysia

21/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menyumbang 21.500 mata buat MA Ranking Malaysia untuk musim 2025-26....

JDT Ucap Tahniah Hari Keputeraan Tunku Zahrah Zarith Aziyah

JDT Ucap Tahniah Hari Keputeraan Tunku Zahrah Zarith Aziyah

20/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat kepada anakanda Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd