Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Elak Anasir Negatif, Uqasha...

AKTRES Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, menyatakan...

26 PATI, Tekong Ditahan

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili...

Belanda Sedia Bantu Ho...

HANOI - Belanda sedia berkongsi pengalaman dan bekerjasama dengan hab ekonomi selatan Vietnam...

28 Keluarga Hilang Rumah...

SARIKEI - Sebanyak 28 daripada 32 keluarga dari Rumah Gadum di Jalan Ulu...

Perak Berminat Dapatkan Khidmat Ronaldinho

KENYATAAN daripada bekas Pemain Terbaik Dunia, Ronaldinho yang menyatakan minatnya untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) membuatkan beberapa pasukan memasang angan-angan melihat Ronaldinho menyarung jersi pasukan mereka.

Ronaldinho turut tidak menolak bahawa dia akan bermain untuk pasukan di negara ini secara percuma lantas membuka mata pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga-M.

Antara pasukan yang sememangnya tidak menyembunyikan minat mereka terhadap bintang bola sepak Brazil itu adalah Perak yang ternyata tidak senang duduk dengan kenyataan Ronaldinho, semalam.

Bagi pasukan The Bos Gaurus itu, ia merupakan prospek menarik memandangkan pengaruh yang dimiliki bekas pemain Barcelona itu dalam sukan bola sepak semestinya mampu menaikkan nama Liga-M di mata dunia andai dia benar-benar mahu bermain di negara ini.

Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata mereka berminat untuk ‘merisik’ tawaran Ronaldinho itu biarpun mengakui berpuas hati dengan prestasi pemain import yang sedia ada.

“Saya tengok berita, dia (Ronaldinho) kata percuma, tapi kita tak boleh nak kata apa-apa sebab walaupun dia kata percuma, apa yang percuma? Mungkin gaji saja dan yang lain-lain tak, sebab dia star.   

“Lagi satu kita pun sudah ada tiga pemain import luar daripada kuota Asean dan pada saya prestasi mereka juga bagus. Takkan kita nak gugurkan seorang untuk ambil pemain yang belum tentu boleh main sampai habis musim,” katanya memetik BH Online.

Seperti yang dilaporkan semalam, Ronaldinho secara terbuka menyatakan keinginannya bermain di Malaysia tanpa sebarang bayaran apabila menyedari keghairahan yang dimiliki penduduk negara ini yang gilakan bola sepak.

Selain itu, Ronaldinho juga mengakui layanan baik yang diterimanya ketika dua kali berkunjung ke Kuala Lumpur menyebabkan dia pasti penyokong bola sepak di sini akan menerima kehadirannya.


Bagaimanapun, Ronaldinho sebenarnya sudah menggantung butnya setelah mengumumkan persaraannya daripada sukan bola sepak dan kini hanya memberi fokus kepada kariernya sebagai pemuzik dan akademi bola sepak miliknya.

Perkara ini menyebabkan orang ramai meragui kenyataannya itu memandangkan dia sudah tidak aktif lagi dalam sukan tersebut selain umurnya yang sudah mencecah 38 tahun.

Namun, Puhat berkata, pihaknya sedia ‘mencuba nasib’ sekiranya pemain itu benar-benar serius mahu bermain untuk pasukan di negara ini.

“Insya Allah kita cuba, pada saya tawaran itu menarik lah, kita boleh kaji, mungkin betul kita pun boleh ambil,” jelasnya.

Semalam, Ronaldinho hadir ke ibu kota bagi menghadiri majlis Jelajah Trofi Liga Juara-Juara UEFA di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur yang dibanjiri kira-kira 400 orang peminat yang mahu melihat bintang Brazil itu secara dekat. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori