• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencipta Kapal Selam Denmark Dijel Seumur Hidup

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COPENHAGEN – Pencipta kapal selam Denmark, Peter Madsen, yang mengaku mengerat mayat seorang wartawan wanita Sweden sebelum membuangnya ke dalam laut pada Ogos lepas, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh mangsa dan dihukum penjara seumur hidup pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

“Berdasarkan semua bukti yang telah dikemuka, mahkamah memutuskan bahawa Madsen bersalah membunuh Kim Wall,” kata seorang hakim ketika membacakan keputusan kes itu di Mahkamah Bandaraya Copenhagen.

Pada Oktober lepas, Madsen ketika disoal siasat oleh polis berkata Wall meninggal dunia selepas terhidu karbon monoksida beracun di dek kapal selam yang dibina tertuduh dan dinamakan UC3 Nautilus.

Dia turut mengaku telah mengerat mayat Wall, yang kali terakhir dilihat pada 10 Ogos tahun lepas ketika wanita itu memasuki kapal selam dengan Madsen.

Bagaimanapun, sebelum itu Madsen berkata Wall terbunuh selepas kepalanya ditimpa sebuah pintu berat yang jatuh dan dia telah membuang mayat mangsa ke dalam laut.

Madsen telah diselamatkan sejurus sebelum kapal itu tenggelam dan dibawa pulang ke Copenhagen pada 11 Ogos tahun lepas.

Dia kemudian didakwa membunuh Wall dan pihak pendakwaan telah meminta Madsen menjalani ujian penilaian psikiatri.

Polis Copenhagen berkata bahagian kaki, tangan dan kepala Wall telah dibuang dengan sengaja manakala bahagian tubuh mangsa turut diusik untuk menenggelamkannya di dasar lautan. – BERNAMA

Tags: bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd