Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Apa Nak Jadi Dengan...

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee AbdullahSAYA tidaklah rapat dengan Tun Mahathir. Tetapi...

Pengurusan Mahkamah Syariah Perlu...

BERA : Pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus...

GST: Pemahaman Rakyat Semakin...

KUALA LUMPUR - Hanya tinggal kira-kira tiga bulan sahaja lagi sebelum pelaksanaan Cukai...

Kes Low Yat: Afdlin...

INSIDEN pergaduhan di Plaza Low Yat masih belum reda apabila ramai pihak masih...

PAS Kecam Mahathir Mahu Kembalikan SST

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan termasuk pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tidak memberikan apakah langkah penyelesaian terhadap isu-isu yang mereka bangkitkan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengerusi Pakatan Harapan sebaliknya mengaku beliau akan mengembalikan sistem-sistem lama yang tidak adil jika pembangkang menang PRU-14.

“Sebagai contoh Mahathir kata kalau dia diberi mandat akan laksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Bila kata pasal Tol, dia (Mahathir) kata Tol Malaysia antara yang termurah (didunia). Cukai barang dan perkhidmatan (GST) mahu dihapuskan dan digantikan semula dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tuan Ibrahim berkata, semua pihak sedia maklum bahawa SST adalah sistem percukaian yang tidak adil semasa zaman pemerintahan Mahathir.


Kata beliau, SST antaranya memberi ruang kepada golongan tertentu untuk `melindungi’ sumber kekayaan mereka menyebabkan negara hilang sebilangan besar pendapatan.

“Penyelesaian Gagasan Sejahtera adalah mengambil harta orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin. Ini kaedah (sistem cukai) dalam Islam,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori