KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani pemerhatian.
Media tempatan melaporkan perkara itu disahkan oleh Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi oleh pemberita.
Mokhzani dipetik sebagai berkata, keadaan bapanya itu ketika ini bagaimanapun adalah baik dan tidak membimbangkan.
Jelasnya, keputusan memasukkan Tun Mahathir ke IJN bagi membolehkan beliau diberi perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.
“Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun Mahathir.
“Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan,” katanya seperti dilaporkan pihak media. – MYNEWSHUB


