• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Syor Projek Desa Lestari Diurus 1 Kementerian Sahaja

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan supaya Projek Desa Lestari (PDL) dipantau dan diuruskan satu kementerian sahaja bagi menjadikan pengurusan projek berkenaan lebih efisien.

Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin berkata kerajaan perlu mengkaji semula pembabitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam memantau projek berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai kelemahan pengurusan kontrak dalam kalangan koperasi.

“PAC Parlimen secara umumnya berpuas hati dengan program ini kerana ia merupakan hasrat murni kerajaan hendak membantu penduduk kampung menubuhkan koperasi bagi menjalankan perniagaan.

“Namun begitu, PAC memandang berat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti masalah projek gagal dan terbengkalai, perolehan bekalan dan kerja tidak mengikut spesifikasi, salah guna kuasa oleh pegawai serta kurang pemantauan dan tindakan oleh SKM terhadap koperasi yang tidak mematuhi sepenuhnya Akta Koperasi 1993,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas membentangkan laporan PAC Parlimen di Dewan Rakyat hari ini berhubung pengurusan Program Desa Lestari di bawah KKLW.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 antara lain melaporkan salah guna kuasa pegawai yang memecah kecil perolehan dan membuat bayaran tidak teratur selepas 19 daripada 84 projek PDL berjumlah RM5.32 juta didapati terbengkalai.

Sehingga 2016, sebanyak 80 kampung terpilih melaksanakan PDL dengan peruntukan RM114.68 juta disalurkan melalui agensi KKLW seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Mengulas lanjut, Hasan berkata PAC Parlimen turut mengesyorkan supaya SKM tegas dalam menguat kuasa peraturan di bawah Akta Koperasi 1993, selain mengkaji semula perjawatan bagi pegawai yang menyelia koperasi benar-benar dapat memberikan khidmat nasihat dengan lebih berkesan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kementerianPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan menjelang...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd