• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Sokongan Warga Tentera Kem Hutan Melintang

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru warga tentera Kem Hutan Melintang terus memberi sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata sokongan warga tentera Kem Hutan Melintang penting bagi meneruskan pembangunan yang telah dirancang sebelum ini.

“Saya harap bila tiba hari raya (merujuk kepada PRU-14), hari itu… sangat penting untuk kita tentukan kem kita terus didokong kerajaan yang sama untuk hidupkan kem Hutan Melintang sebagai sebuah kem terbaik di negara ini, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Keluarga Kem Hutan Melintang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, di sini pagi ini.

Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Markas 2 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Ramli Jaafar, Panglima 2 Briged Jen Datuk Mohd Nizam Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk Datuk Hamzah Hussin.

Kira-kira 1,700 anggota termasuk batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh dan batalion Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kamunting serta ahli keluarga mereka menyertai hari keluarga kem itu.

Dalam perasmian itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) Kem Hutan Melintang yang disampaikan Hamzah kepada Mohd Nizam.

“Jangan bila ada musim buah baru kelawar datang. Orang Bagan Datuk bukan seperti itu kita seperti buah kelapa yang berbuah sepanjang tahun. Begitulah semangat kita di sini,”katanya.

Difahamkan Kem Hutan Melintang itu yang telah dibuka 16 Sept tahun lalu bakal menempatkan 5,000 anggota dan pegawai tentera secara berperingkat.

Dalam majlis Hari Keluarga Kem Hutan Melintang itu, Ahmad Zahid turut menyertai beberapa sukaneka antaranya acara menarik kenderaan berperisai pelbagai guna. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

08/08/2026
0

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN masih terbuka kepada rundingan pengagihan mahupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd