Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Tentera Filipina Jumpa Mayat...

MANILA - Tentera Filipina semalam menemui mayat tebusan Jerman yang dipenggal militan Islam...

Mengenai Kos Sara Hidup,...

KUALA LUMPUR – Rakyat kini sedang menunggu-nunggu pembentangan Bajet Negara 2018 yang Perdana...

Perkeso Bayar Lebih RM2.7...

MELAKA - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengeluarkan bayaran faedah lebih RM2.7 bilion kepada...

PBB Hancur Kalau Irina...

NEW YORK - Panik menduduki nombor kelima dalam siri pengundian atau straw polls...

Manifesto BN Melaka Penuhi ‘Selera’ Orang Muda

MELAKA – Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, dengan 62 inisiatif asal berserta tiga inisiatif tambahan, dilihat mampu memenuhi ‘selera’ anak muda di negeri ini.

Banyak inisiatif manifesto itu menarik tumpuan generasi itu, namun menurut anak muda ditemu bual Bernama, dua inisiatif tambahan diumumkan sendiri Ahmad Zahid iaitu 50,000 peluang pekerjaan baharu dalam lima tahun dan litar motosikal anak muda, menjadi ‘tiang seri’ dalam menarik sokongan anak muda.

Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam, Nurul Atikah Baharudin, 23, dari Kesang, Jasin dekat sini berkata dilema sukar memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian menjadi ‘mimpi ngeri’ anak muda, namun dengan jaminan manifesto itu mewujudkan banyak peluang pekerjaan, anak muda mampu ‘tidur lena’.

“Sebagai bakal graduan, saya selalu memikirkan kemungkinan terpaksa bersaing merebut peluang pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi dalam perkembangan pesat teknologi masa kini.

“Tawaran peluang pekerjaan itu dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Justeru, saya berasa gembira memandangkan pucuk kepimpinan BN mengambil berat perkara ini dan tidak meminggirkan graduan yang sering berdepan isu ‘tanam anggur’ selepas tamat pengajian,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nurul Atikah berkata hasrat menawarkan latihan dan insentif kepada graduan juga dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, memantapkan pengetahuan serta kemahiran demi kemajuan negara.

Seorang pelajar universiti swasta, Azfaiera Azmi, 22, berkata sebagai bakal penentu generasi pada masa hadapan, graduan perlu merebut peluang terhadap manifesto itu yang menjanjikan pekerjaan dalam tempoh enam bulan kepada belia di bawah 30 tahun.

“Meskipun kita mempunyai segulung ijazah berserta Purata Nilai Gred Kumulatif yang cemerlang namun itu bukan jaminan untuk memperoleh pekerjaan dengan mudah berikutan terpaksa bersaing sengit dengan ribuan graduan lain.

“Justeru, manifesto BN dalam aspek pekerjaan melalui program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) diyakini memberi impak positif kepada negara dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran,” kata anak muda dari Selandar, Jasin dekat sini.


Seorang pekerja am di sebuah pusat pelancongan di sini, Muhammad Aizad Muhammad, 19, dari Kampung Pengkalan Minyak di sini menyambut baik manifesto itu terutamanya mengenai hasrat membina litar motosikal dalam usaha mengurangkan kegiatan samseng jalanan di negeri ini.

“Dengan itu, golongan muda dapat mempamerkan gaya dan kehebatan mereka dengan beraksi di lapangan yang sesuai berbanding menjadikan jalan raya sebagai tempat mereka melepaskan gian dan berlumba secara haram.

Secara tak langsung, pencarian bakat baharu dapat diwujudkan seterusnya boleh digilap dan diasah untuk menjadi jaguh dalam sukan pemotoran,” katanya.

Seorang peniaga dalam talian, Muhamad Hafiz Othman, 28, berkata usaha jangka panjang dan komprehensif BN untuk membina litar lumba di negeri ini merupakan satu tindakan tepat dalam menarik dan memancing minat pengundi muda.

“Penyediaan litar lumba dapat memberikan ruang kepada golongan muda melakukan aktiviti riadah secara ‘halal’ dalam usaha membabitkan diri secara serius dalam sukan permotoran.

“Langkah ini turut membuktikan komitmen BN dalam memartabatkan sukan permotoran di negeri ini sekali gus melahirkan pelumba profesional dalam kalangan anak tempatan,” katanya yang berasal dari Ayer Molek di sini. – BERNAMA

Kategori