KUALA LUMPUR – Sebanyak 31 pembayar cukai terdiri daripada 16 syarikat dan 15 individu diisytiharkan muflis oleh mahkamah kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM8.18 juta.
Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN berkata, 16 buah syarikat dan 15 individu itu masing-masing mempunyai tunggakan cukai dan kenaikan sebanyak RM4.86 juta dan RM 3.32 juta.
Syarikat-syarikat yang diisytiharkan muflis itu adalah Swarma Bumi Communication Sdn. Bhd., Omnilink Marketing Solutions Sdn. Bhd., F.C.F. Component Sdn. Bhd., Renowned Shanghai (M) Sdn. Bhd., Alpha Luxury Sdn. Bhd. dan Dipri Sdn. Bhd., Rajiv Enterprises Sdn. Bhd., Taisun Industries Sdn. Bhd. dan Everest Products Sdn. Bhd.
Selain itu ialah syarikat Kejuruteraan Elektrik Winsen Sdn. Bhd., PJBUMI Composites Sdn. Bhd., CRE Construction Sdn. Bhd., Lee Motors Sdn. Bhd., LSB Holding Sdn. Bhd., Kejuruteraan Pakatan Jaya (K.B.) Sdn. Bhd. dan Revenus Industry Sdn. Bhd. – BERNAMA
*Video sekadar hiasan…

