• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Yakin BN Rampas Semula Lembah Pantai

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yakin BN akan merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Keyakinan itu disuarakannya berdasarkan sokongan pengundi yang dilihat semakin padu terhadap BN Lembah Pantai kerana sentiasa menunjukkan prestasi baik tanpa henti walaupun tewas pada PRU13.

“Saya yakin, penduduk di Lembah Pantai mengiktiraf dan hargai BN, terutamanya usaha Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang berada di sini, sepanjang lebih 10 tahun.

“Beliau konsisten dan sentiasa membantu rakyat di sini walaupun kalah dan tidak menjadi wakil rakyat pada PRU13 lalu,” katanya pada pemberita ketika mengadakan sesi lawatan di Taman Lucky, Bangsar, di sini hari ini.

Beliau hadir ke program itu bersama Raja Nong Chik bagi meninjau kawasan dan meluangkan masa bersama penduduk di situ.

Ditanya berhubung dakwaan sokongan belia terhadap BN merosot, Khairy berkata sokongan golongan itu masih baik dan lebih terbuka.

Katanya, sokongan itu dikuatkan lagi menerusi reaksi positif yabg diterima terhadap manifesto Jaminan Orang Muda (JOM) yang dibentangkan BN.

Parlimen Lembah Pantai menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan BN, Raja Nong Chik; calon PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan wakil PAS, Fauzi Abu Bakar.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata sokongan kaum Cina dan India Lembah Pantai terhadap BN semakin meningkat selain tiada perubahan signifikan sokongan orang Melayu.

“Mereka dakwa ‘tsunami Melayu’ melanda BN, tapi harus diingat sebenarnya, ia melanda parti pembangkang kerana pengundi PAS sudah tidak bersama mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd