• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Mahu Terus Mewakili Penduduk Rembau

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhasrat untuk terus mewakili penduduk Rembau bagi tempoh lima tahun lagi.

Beliau yang menjadi anggota Parlimen Rembau sejak 2008 berkata masih banyak lagi pembangunan yang ingin dibawa ke kawasan itu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada minta saya untuk tengok-tengok kawasan lain tapi saya minta untuk kekal di sini.

“(Apapun) saya orang parti, jadi apa saja keputusan beliau, saya akan terima,” katanya kepada media selepas Program Pemimpin bersama Rakyat dan Penyerahan Kunci Rumah kepada mangsa kebakaran bagi rumah yang telah dibaik pulih di Rumah Rakyat Pedas, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau, Datuk Zaifulbahri Idris.

Khairy yakin akan terus menang di kawasan itu sekiranya dipilih untuk mewakili Barisan Nasional.

“Saya yakin dapat pertahankan kawasan ini bersandarkan kepada sokongan yang diterima sejak dari pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat pada 2013.

“Mungkin akan ada tekanan dari segi isu-isu semasa dan sebagainya tetapi di sini kita amalkan pendekatan Rembau untuk Rembau,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM200,000 untuk membaiki enam rumah yang terbakar dalam kejadian pada Ogos tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd