• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Tak Berasas, Wardina Dikecam Hebat

oleh
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS pelakon, Wardina Safiyyah menerima kecaman teruk daripada netizen gara-gara berkongsi pandangan tidak berasas mengenai situasi politik di media sosial miliknya, baru-baru ini.

Memetik beberapa sumber, wanita berkenaan meluahkan rasa sedih dan meluat terhadap usaha-usaha pihak tertentu yang bermain sentimen agama serta kaum sebagai modal untuk menakut-nakutkan umat Islam.

“DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam? Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak.

“Tidak hairan kenapa pengikut caci maki sana sini, tengok cara pemimpin menjatuhkan pihak lawan. Suka bermain emosi. Suka gunakan agama. Suka menakutkan,” tulisnya menerusi entri di Facebook miliknya.

Tidak terhenti disitu, wanita itu turut memberi perbandingan realiti di Malaysia dan Australia mengenai bagaimana golongan minoriti ditindas hanya kerana berbeza agama.

“Tidak saya tidak percaya DAP mahu mengambil alih dan tidak hormat Islam. Saya percaya ramai yang hormati Muslim dan mereka sedar ini adalah negara Islam.

“Saya tidak percaya mereka jahat seperti mana saya agama lain tidak anggap Muslim jahat. Sekarang boleh henti guna DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam?” ujarnya lagi.

Pandangan lantang secara terbuka Wardina yang tidak berasas itu dilihat telah menarik perhatian dan menimbulkan kritikan hebat daripada banyak pihak yang tidak senada dengan pelakon sitkom Spanar Jaya itu.

Rata-rata netizen melepaskan kemarahan dan rasa kurang senang berhubung pendapat Wardina malah yakin bahawa blok pembangkang berkenaan bukan parti yang memperjuangkan agama Islam secara telus.

Pun begitu, difahamkan kemaskini status tersebut sudah ditarik balik daripada akaun Facebook miliknya.

Rasanya, tak perlulah terlalu lantang membincangkan perihal yang ‘tergapai’ oleh cara pemikiran. Mungkinkah Wardina wanita yang bijak tapi sebenarnya masih lagi naif? – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: PRU14
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd