Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

Asyraf Wajdi Berdepan 3...

PASIR PUTEH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi...

Sindiket Dadah Di Ipoh...

IPOH - Polis Perak berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar bandar raya...

Siapa ‘Budak-Budak Kecil’ Nak...

PETALING JAYA - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelar individu yang mempersoalkan kesetiaannya...

Kebakaran Hutan Di Simpang...

IPOH - Kebakaran hutan di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai berhampiran Kampung Raja,...

Ibu Abai Anak Menyusu, Curang Dengan Rakan Suami

SEORANG wanita tergamak meninggalkan bayinya yang masih menyusu demi memuaskan nafsu lelaki lain yang secara kebetulan merupakan rakan baik suaminya sendiri.

Lebih menyedihkan, bayi tersebut baru berusia sebulan dan masih memerlukan susu ibunya yang sepatutnya masih berpantang.

Kisah tersebut menjadi tular apabila seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Lis Di Ana memuat naik gambar wanita tersebut, Sintia Afrianti yang bermesraan dengan lelaki lain.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Indonesia itu dikatakan berlaku apabila suami kepada Sintia bernama Firdaus ditahan polis selama tiga minggu selepas terlibat dengan satu kes jenayah kecil.

Ujar Firdaus, sejurus keluar dari tahanan, dia mendapati isterinya telah meninggalkan rumah dan hidup bersama rakan baiknya sendiri yang bernama Aco.

Jelas Firdaus, dia meminta Aco menjaga isterinya sewaktu dia ditahan pihak polis dan tidak menyangka Isterinya dan rakannya itu tergamak berbuat demikian.

“Sebelum ini, saya dan isteri sememangnya tidak mempunyai apa-apa masalah. Namun secara tiba-tiba saya telah terkena musibah dengan pihak polis yang menyebabkan saya ditahan tiga minggu.

“Ternyata isteri saya curang bersama rakan baik saya bernama Aco yang sudah saya anggap seperti keluarga saya sendiri. Saya memang tidak mengetahui bahawa Aco berkenan dengan isteri saya,” ujarnya kepada media tempatan ManaBerita.com.


Penipuan tersebut jelas Firdaus terbongkar apabila terjumpa beberapa gambar di telefon bimbit isterinya yang menyaksikan isterinya dan Aco berduaan dan bermesra bersama.

Firdaus juga berkata bahawa isterinya masih belum pulang ke rumah mereka sehingga ke hari ini dan meninggalkan dua anak mereka di bawah jagaan Firdaus.

Malah dia berang kerana isterinya sanggup meninggalkan bayinya itu yang sehingga hari ini merengek kerana mahukan susu ibunya.

Ketika ditanya sama ada dia mahu menceraikan isterinya itu, Firdaus berkata dia masih belum membuat keputusan kerana masih sayangkan Sintia selain memikirkan kedua-dua anak mereka.

“Belum, saya belum ceraikan isteri saya. Jika dia mahu tinggalkan saya tak apa, saya terima. Tapi saya kasihan dengan anak saya, masih kecil, masih perlu susu badan ibunya,” ujarnya sedih. – MYNEWSHUB.CC/EZ

*Video sekadar hiasan…

Kategori