Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bah Johor: Jumlah Mangsa...

JOHOR BAHRU : Situasi banjir di negeri ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah...

Polis Siasat Semula Kes...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka semula kertas siasatan berhubung kes Teoh Beng...

Bapa Maut Dibaham Buaya...

MALANG memang tidak berbau.Leka memasang belat bagi menangkap ikan, seorang bapa, Idris Yakub, 56,...

Remaja Mati Dipukul Kerana...

MELAKA - Polis tidak menolak kemungkinan dakwaan kematian seorang remaja lelaki berusia 16...

Hishammuddin Sekali Lagi Ditentang Onn Abu Bakar

KLUANG – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sekali lagi dicabar Penyelaras PKR Parlimen Sembrong, Onn Abu Bakar dalam pertandingan satu lawan satu kerusi Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pertembungan antara cucu pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar itu dengan Onn yang merupakan Ketua PKR Cabang Putrajaya adalah kali kedua selepas PRU13 yang menyaksikan Hishammuddin menewaskan Onn dengan majoriti 10,631 undi.

Pada penamaan calon di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Lambak, di sini hari ini, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Sembrong itu mengemukakan kertas pencalonan pada 9.12 pagi manakala Onn, menyerahkan kertas pencalonannya pada 9.03 pagi.

Pencalonan Hishammuddin, 56, dicadangkan Law Seng Kheong dan disokong oleh K.Chandrasegar manakala Onn, dicadangkan Mohd Noh A.Karim dan disokong Mahat Samad.

Terdahulu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas itu tiba di Dewan Dato’ Onn, Bangunan Komuniti Sembrong, pada 8.20 pagi dengan disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada kira-kira 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) melibatkan 29 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Hishammuddin bersama calon BN bagi DUN Paloh, Teoh Yap Kun dan calon DUN Kahang R.Vidyananthan kemudian berarak kira-kira 200 meter dari Bangunan Komuniti Sembrong ke Dewan Orang Ramai Taman Sri Lambak dan tiba pada 9.08 pagi bagi mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

Sementara itu, kerusi DUN Paloh disahkan menghadapi pertembungan tiga penjuru apabila Teoh, 65, dicabar Anggota Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Johor Sheikh Omar Bagharib Ali, 33, calon muka baharu dari PKR-DAP dan seorang calon Bebas, M.Shamugam, 46.

Pada PRU13, Teoh yang merupakan bekas guru, menang majoriti 103 undi menewaskan calon DAP, R.Shanker.

Penyandang kerusi DUN Kahang, R. Vidyananthan, 45, pula akan ditentang calon wanita, Ketua Srikandi PPBM Tebrau, Noorlihan Ariffin, 40, daripada PKR-PPBM bagi kerusi DUN berkenaan.


Pencalonan kesemua tujuh calon daripada BN, pembangkang dan Bebas itu disah dan diumumkan Pengurus Pilihan Raya Sembrong, Nasri Md Ali, kira-kira 11.38 pagi.

Di Segamat pula, Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam menghadapi pertandingan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen berkenaan apabila akan dicabar calon PKR Datuk Seri Dr R. Santhara Kumar dan calon PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung 1 PAS.

Borang pencalonan Dr Subramaniam yang diserahkan pada pukul 9.13 pagi menyaksikan nama beliau dicadangkan oleh Azmi Madon dan disokong Dr Lee Hong Tee.

Pengesahan tersebut dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Segamat, Miswan Yunos pada pukul 11.05 pagi di hadapan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Sementara itu, calon baharu BN Chiam Yoke Meng daripada MCA yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah menghadapi pertandingan tiga penjuru dan bakal berdepan dengan penyandang kerusi berkenaan daripada PKR-DAP Tan Chen Choon dan calon PAS, Khairul Faizi.

Sementara itu, seorang lagi muka baharu calon BN Ketua Bahagian UMNO Segamat, Datuk Zahari Sarip bertanding untuk kerusi DUN Buloh Kasap menghadapi persaingan satu lawan satu dengan Norsamsu Mohd Yusof PKR-PPBM. – BERNAMA

Kategori