• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Palestin Yakin Malaysia Siasat Kematian Pensyarah

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Palestin berkeyakinan penuh bahawa Malaysia akan menyiasat secara menyeluruh kejadian menembak mati pensyarah rakyat Palestin, Dr. Fadi Mohammed al-Batsh yang dikaitkan dengan elemen asing.

Duta Besar Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H al-Agha berkata polis Malaysia sangat profesional dan beliau meyerahkan perkara mereka untuk menyiasat kes itu.

“Pihak berkuasa Malaysia sangat profesional. Kami mempunyai keyakinan yang penuh terhadap mereka dan kami bersedia memberikan komitmen kami sepenuhnya. Kami telah bertemu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dan pegawai-pegawai lain. Mereka begitu prihatin mengenai siasatan itu,” katanya kepada selepas menjadi tetamu program pagi Bernama Radio di sini hari ini.

Fadi, 35, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah institusi swasta di sini, ditembak mati ketika berjalan dari rumahnya ke Surau Medan Idaman untuk memimpin solat Subuh pada Sabtu, di Setapak di sini.

Dr. Anwar berkata pegawai kedutaan terus menghubungi polis dan pihak berkuasa Malaysia yang lain bagi membantu siasatan.

Semalam, polis Malaysia mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang disyaki menembak mati Dr. Fadi. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Hanya Berkawan Di Alam Maya Sahaja” – Ain Edruce

Next Post

Persimpangan Bertingkat Jimatkan Masa Perjalanan

Related Posts

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

27/06/2025
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak tahu bagaimana nak respons, kami dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi saudara pagi ini," kata Datuk Rajpal...

Selepas 10 Hari Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Kekal Misteri

Selepas 10 Hari Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Kekal Misteri

27/06/2025
0

IPOH - Tiada sebarang jawapan spesifik ditemui berhubung punca bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di beberapa kawasan sekitar daerah...

Next Post

Persimpangan Bertingkat Jimatkan Masa Perjalanan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd