• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hanya Berkawan Di Alam Maya Sahaja” – Ain Edruce

oleh
24/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON drama Kekasih Paksa Rela iaitu Ain Edruce menjelaskan status hubungan dengan seorang kerabat diraja hanya sekadar kenalan di media sosial sahaja.

Memetik laporan mStar Online, pemilik nama sebenar Nurulain Edruce berkata, semuanya adalah salah faham selain mengakui tidak mengenali individu berkenaan secara rapat seperti mana yang didakwa oleh sebuah akhbar tempatan, baru-baru ini.

“Saya dan kerabat itu hanya berkawan di alam maya sahaja. Itu pun sekadar tegur-tegur di Instagram.

“Memang saya kenal dia dah dua tahun tapi hanya dalam laman sosial sahaja. Tidak pernah terfikir untuk berkawan luar daripada Instagram,” kata Ain.

Pada masa sama, pendatang baru itu tidak menafikan bahawa individu berkenaan pernah meminta nombor telefonnya. Pun begitu, pelakon wanita itu dikatakan enggan memberikan nombor telefon kepada individu terbabit.

Malah, Ain menegaskan dia tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana kerabat mahupun lelaki yang berstatus VIP atau selebriti.

“Tak dinafikan memang kerabat itu pernah minta nombor tapi saya tak nak bagi. Sebab saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan kerabat diraja.

“Kalau saya nak ada kekasih, biarlah dia orang biasa sahaja. Saya tak nak kerabat atau VIP dan selebriti,” tegas Ain.

Sebelum ini, Ain pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ahmad Ezzrin Loy namun hubungan tersebut sudah berakhir.

Meskipun sudah lama berpisah namun Ain masih berkawan dengan Ezzrin dan mempunyai hubungan baik dengan keluarga bekas kekasihnya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ain edruceElfira Loyezzrin loy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ain Edruce Sudah Bergelar Isteri Orang

14/12/2019
0

"SAYA akan tetap aktif dalam kerjaya seni walaupun sudah bergelar isteri orang. Suami pun faham dan menyokong minat saya," kata...

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd