• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Difitnah Sebagai Penulis Blog, Lelaki Lapor Polis

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… SEORANG lelaki hari ini tampil membuat laporan polis apabila mendakwa namanya telah dimanipulasikan pihak tertentu yang bermotifkan politik di laman blog ttkmalaysia.blogspot.my.

Lelaki yang menggunakan akaun nama Muhamad Harris Nasril di laman Facebook itu turut tampil memuat naik beberapa info mendedahkan laman blog terbabit memfitnah dirinya sebagai penulis yang memuat naik empat posting sejak awal tahun lalu.

“Saya menerima satu salinan laporan polis dari rakan saya melalui aplikasi whatsapp. Laporan itu bernombor KAJANG/016008/18 dibuat oleh Pengerusi Mywatch, Datuk Sri Sanjeevan.

“Dalam laporan tersebut, beliau meminta pihak polis melakukan siasatan terhadap tuduhan yang dilakukan oleh satu blog beralamat di http://ttkmalaysia.blogspot.my/2018/04/panas-5-mesin-atm-kesayangan-puteri.html .

“Apabila saya membuat pautan tersebut, saya terkejut apabila mendapati semua posting di blog tersebut dibuat atas nama saya yang ditulis sebagai Muhammad Harris Nasril.

Baca: Mywatch Lapor Polis Kes Calon Sogok Nurul Izzah

“Ini jelas satu pencurian identiti yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Saya tidak pernah langsung menulis apa-apa posting di blog tersebut dan ia juga bukan dimiliki oleh saya.

“Malah nama sebenar saya adalah Muhamadd Harris Nasril, hanya mempunyai satu ‘M’ dan bukannya Muhammad Harris Nasril yang mempunyai dua huruf ‘M’,” katanya dalam laporan yang dibuat di  Balai Polis Bandar Kinrara, Puchong, pada pukul 1.18 petang tadi.

Tambah individu berkenaan, laporan polis itu dibuat bagi mempertahankan dan membersihkan dirinya selain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik sebenar blog yang didakwa menyebarkan berita tidak sahih.

“Saya meminta pihak polis supaya menyiasat pemilik sebenar blog tersebut dan mengambil tindakan bukan sahaja kerana melakukan pencurian identiti saya tetapi blog tersebut juga melakukan fitnah dan penyebaran berita palsu,” katanya lagi.  – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bloglaporan polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd