Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Wajib Berusaha...

KANGAR - Umat Islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menambah ilmu supaya menjadi umat yang...

Datuk Bandar Kantoi Edit...

SEORANG ahli politik di Brazil menjadi terkenal dalam sekelip mata apabila gambarnya ‘turun...

6 Bulan Tak Berhubung,...

MAHKAMAH Persekutuan pada Selasa, akhirnya memutuskan kedua-dua tertuduh kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu...

Nike Perkenal Hijab Untuk...

JENAMA sukan terkenal Nike bakal mengeluarkan hijab khas buat atlet wanita Muslim. Hijab yang diberi nama "Nike...

Bunuh, Masak, Hidang Anjing Belaan Jiran

KES petani bunuh dan memasak anjing belaan jirannya yang tidak henti menyalak sebelum dihidangkan daging haiwan itu kepada tuannya mencetuskan kemarahan netizen Korea Selatan.

Lelaki berusia 62 tahun, yang tidak didedahkan identitinya itu mengaku melakukan kesalahan berkenaan selepas seorang jiran lain memaklumkan keluarga pemilik anjing tersebut.

Dia mendakwa berang kerana anjing terbabit tidak henti-henti menyalak menyebabkannya membaling batu yang terkena pada kepala haiwan berkenaan.

Seorang detektif yang menyiasat kes di Pyeongtaek itu berkata: “Selepas anjing itu pengsan, suspek mengaku mencekiknya sebelum memasaknya, kemudian jemput pemiliknya dan menghidangkan daging haiwan berkenaan.”

Kes itu diketahui umum selepas anak perempuan pemilik anjing itu membuat rayuan terbuka di Internet menggesa sokongan orang ramai untuk desak pesalah terbabit dihukum tegas dengan petisyennya meraih 15,000 tandatangan.


“Dia beriya-iya mengucapkan simpati ketika kami memberitahu mengenai kehilangan anjing kami, walhal ketika itu haiwan kesayangan kami ada di rumahnya, sama ada hidup atau mati,” katanya. – AFP/myMetro Online

Kategori