• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 12 Tahun Bercuti Seorang Diri Di Bali

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

USIA 12 tahun kebiasaannya masih gemar melakukan aktiviti yang disukai terutamanya permainan kanak-kanak. Namun hala sebaliknya berlaku kepada seorang kanak-kanak di Sydney, Australia sudah pandai melancong seorang diri.

Lebih hebat lagi apabila segala pengurusan berkenaan percutiaannya telah dirancang dan diuruskan sendiri dengan baik.

Perjalanannya bermula apabila kanak-kanak lelaki yang tidak dimaklumkan namanya kepada media bertindak mencuri kad kredit milik ibunya selepas bergaduh bersama ibu bapanya di rumah mereka baru-baru ini, lapor akhbar tempatan.

Selepas itu, dia telah menempah tiket penerbangan dan hotel mewah di Bali, Indonesia selepas berjaya mendapatkan pakej pelancongan murah melalui internet.

Sumber : Current Affair

Dia telah menaiki penerbangan transit dari Sydney ke Perth dan kemudiannya terus ke Denpasar, Bali.

Sepanjang perjalanannya, kanak-kanak itu agak hairan kerana orang ramai yang dijumpainya tidak menegurnya sedangkan dia bersendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Dia hanya ditegur apabila melakukan pemeriksaan keselamatan oleh pegawai berkuasa.

“Pegawai bertugas hanya meminta kad pengenalan pelajar dan pasport untuk membuktikan bahawa saya berumur 12 tahun dan belajar di sekolah menengah,” katanya.

Tidak sekadar itu, kanak-kanak tersebut telah menginap hotel empat bintang, Hotel All Season semasa percutiannya selama empat hari di pantai antara tercantik dunia itu.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Emma terkejut dan tidak dapat membayangkan bagaimana anaknya boleh sampai sejauh itu dengan bersendirian.

Tindakan kanak-kanak tersebut seolah-olah ‘bawa hati’ dan mahu tenangkan fikiran selepas menghadapi tekanan hidup. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pelaksanaan kuasa perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

“Tak Apalah Hari Ini Kamu Berkuasa, Rakyat Tidak Bodoh Tahu Apa Yang Kamu Buat”

“Tak Apalah Hari Ini Kamu Berkuasa, Rakyat Tidak Bodoh Tahu Apa Yang Kamu Buat”

07/11/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi peringatan bahawa rakyat akan memberikan jawapan melalui peti undi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd