Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Kos Stadium Shah Alam...

KUALA LUMPUR : Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan...

Lamborghini Dicuri Minggu Lepas...

KUALA LUMPUR - Polis menemukan semula kereta mewah Lamborghini berharga lebih RM800,000 yang...

MCA Sedia Tebus Kegagalan...

KUALA LUMPUR – MCA bersedia untuk menebus kegagalan yang dialami parti itu dalam...

Onar Warga Asing Berani...

PENDEDAHAN vokalis kumpulan Genji Buskers, Mustam Mustapa menjadi viral menerusi laman sosial ekoran...

Bubar Parlimen Isyarat Jelas Mula Perjuangan PRU14

KUALA LUMPUR – Pembubaran Parlimen ke-13 akhirnya diumumkan hari ini dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memberikan mandat kepada parti pilihan mereka yang diyakini mampu membawa negara ke tahap lebih tinggi.

Pengumuman itu yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) juga memberi isyarat jelas kepada jentera BN untuk menganjak mood gerakan ke tahap lebih tinggi bagi memastikan parti itu terus diberi kepercayaan untuk mendapatkan mandat dari rakyat untuk terus menerajui negara.

Mengulas pengumuman itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pembubaran menandakan kuasa penuh dikembalikan kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat dan stabil bagi meneruskan agenda pembangunan negara.

Momentum itu hanya akan dapat diteruskan sekiranya rakyat membuat pilihan yang tepat berdasarkan rekod pencapaian kerajaan dalam tempoh lima tahun ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Satu Blok Bangunan Dua Tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan, Serting di Bentong.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sebelum ini telah berjaya menunaikan segala janji yang dibuat dan melaksanakan semua perancangan projek pembangunan secara berterusan untuk rakyat.

“Kita bangga kerana agenda transformasi yang dilakukan oleh perdana menteri juga telah meletakkan di negara di satu landasan terbaik dengan ekonomi yang kukuh… kita telah menunaikan janji yang dibuat dengan begitu baik,” katanya.

Pergerakan Puteri UMNO pula mempunyai perancangan rapi dan konsisten dalam menghadapi PRU14, menurut ketua sayapnya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata segala yang telah dirancang akan dizahirkan jentera sayap itu bukan sekadar untuk mendapatkan mandat kukuh, malah membantu merealisasikan hasrat perdana menteri yang telah dan sedang melakukan pelbagai transformasi untuk negara dan rakyat.

“Pastinya pembubaran ini dinanti dan telah terjawab. Kami akan terus memperkasakan saf kami sehinggalah hari pengundian. Saya harap mandat akan diberikan sekali lagi kepada (Perdana Menteri Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) yang juga Presiden UMNO,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Sementara itu Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh berkata, parti itu telah bersedia 100 peratus dalam menghadapi PRU14.

“MIC kini sedang menanti pengumuman calon yang akan dilakukan presiden (Datuk Seri Dr S.Subramaniam). Kita pun sudah ada bilik gerakan dan jentera pilihan raya yang boleh digerakkan bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti itu telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRU14.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata penyelaras Gerakan telah melaksanakan tugas dengan baik di kawasan masing-masing dan menerima maklum balas positif daripada masyarakat setempat.

“Dengan itu, kami yakin Gerakan akan mendapat keputusan lebih baik dalam PRU14. Saya berharap rakyat Malaysia akan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional dan Gerakan untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan yang berterusan untuk negara,” katanya.

Presiden Parti Makkal Sakthi, Datuk Seri RS Thanenthiran berkata parti itu bersedia membantu BN dalam pilihan raya umum dan akan memastikan BN menang dengan cemerlang.

“Najib menunaikan semua janji-janjinya setakat ini. Beliau memastikan ‘’rakyat diutamakan’ dan bagi masyarakat India, pemimpin mana yang telah menunaikan janji begitu banyak? Di bawah kepimpinan Najib, masyarakat India mendapat paling banyak, daripada pengambilan ke universiti dan manfaat untuk sekolah-sekolah Tamil, apa lagi yang kita mahu?” katanya. – BERNAMA

Kategori