• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

oleh Mynewshub
28/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN)

DAPSY mendakwa, langkah tersebut berpotensi memberi kemenangan kepada PH sekali gus menghukum pengkhianat yang cenderung untuk menikam PH dari belakang dan memperlekeh semangat perpaduan.

“DAPSY mengambil maklum unjuran oleh Tindak Malaysia yang menunjukkan bahawa PH berpotensi membentuk kerajaan negeri Johor dengan 29 kerusi sekiranya PRU dan PRN berlangsung serentak pada tahun 2022.

“DAPSY menyeru PMX membubarkan Parlimen segera demi mengadakan PRU serta PRN Johor dengan negeri-negeri lain secara serentak agar rakyat diamanahkan membuat keputusan secara jelas dan muktamad,” kata DAPSY dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, DAPSY memetik kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam konon UMNO tidak mampu menang sendiri sekiranya bertanding bersendirian dan menasihati agar kerjasama Kerajaan Perpaduan dikekalkan.

DAPSY turut mendakwa penganalisis politik juga menyatakan bahawa UMNO tidak mampu mengalahkan Perikatan Nasional (PN) dalam gelanggang politik identiti Melayu-Islam.

“Ini bermakna UMNO masih memerlukan sokongan pengundi bandar dan bukan Melayu yang hanya boleh diyakinkan melalui kestabilan, prestasi dan kesederhanaan,” dakwa DAP. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial DAPSY Malaysia

Tags: Berpotensi MenangBubar ParlimenDAPPH
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa beliau merupakan saksi kepada perjuangan Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd