• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Terbangkan 6 Anak Orang Asli Demam Panas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengadakan penerbangan ihsan semalam bagi menghantar enam kanak-kanak Orang Asli di Pos Belatim ke Hospital Gua Musang di sini, kerana demam panas kritikal.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM, Pangkalan Udara Subang, Selangor Penolong Penguasa Mohd Farhan Marzuki berkata empat kanak-kanak lelaki dan dua perempuan berusia tiga bulan hingga tujuh tahun itu berada dalam keletihan selain mengalami muntah dan cirit-birit.

Penerbangan ihsan menggunakan helikopter Agusta AW139 itu berlepas dari Pangkalan Udara Bertam, Pulau Pinang pada 2.50 petang dan mendarat di Pos Belatim yang terletak di pedalaman jajahan ini kira-kira 40 minit kemudian untuk mengambil enam kanak-kanak terbabit, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Farhan berkata pesawat yang membawa kanak-kanak terbabit yang turut diiringi ibu bapa masing-masing tiba di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada 4.10 petang dan mereka terus dibawa dengan ambulans ke hospital berkenaan dan kini dilaporkan stabil.

Penerbangan itu diketuai juruterbang Kapten Leong Cheong Meng dengan dibantu penolong juruterbang Timbalan Penguasa Bomba Shahrizal Sahari.

Beliau berkata sejak awal tahun hingga kini, JBPM telah mengadakan lebih 30 penerbangan ihsan bagi menyelamatkan pesakit Orang Asli di kawasan pedalaman jajahan ini atas permintaan Jabatan Kemajuan Orang Asli. – BERNAMA

Tags: BombaOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd