• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Yakin Menang Berdasarkan Pencapaian

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Barisan Nasional (BN) yakin akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarkan gerak kerja jentera serta pencapaian terdahulu parti itu, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini kerana pengundi majoritinya sangat gembira dengan BN dan berpuas hati dengan gerak kerja parti itu serta yakin terutamanya komuniti Melayu masih menyokong kerajaan sedia ada.

“Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan calon yang mempunyai kredibiliti.

“Saya yakin BN akan mengekalkan kerusi sedia ada serta akan menambah lagi bilangan kerusi dengan majoriti yang tinggi,” katanya dalam sidang media Pelancaran Rembau Challenge 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan merangkap Ketua Penerangan UMNO Rembau Datuk Zaifulbahri Idris.

Khairy berkata bahawa segala isu permasalahan hampir dapat diselesaikan keseluruhannya dan tidak hanya menjalankan gerak kerja semata-mata untuk menghadapi pilihan raya.

Sementara itu, Khairy berkata beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Rembau yang telah diwakilinya selama dua penggal namun akur sekiranya pengerusi BN meletakkannya di mana-mana kerusi selain Rembau.

“Saya merupakan ‘party man’ dan bersedia untuk bertanding di mana-mana tetapi saya lebih selesa bertanding di Rembau selepas 10 tahun sebagai Anggota Parlimen di sini kerana sudah serasi dengan wakil rakyat dan juga jentera parti serta pengundi di kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd