• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Sukan KL Ditawan Gelombang Biru

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) mula membanjiri Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil untuk menghadiri pelancaran Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 BN, malam ini.

Mereka tampil berpakaian warna ‘royal blue’, sebagai tanda sokongan padu kepada BN.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika ditemui berkata, lebih daripada 40,000 penyokong BN dari seluruh negara telah mengesahkan kehadiran mereka hari ini.

Katanya, beberapa skrin besar turut disediakan di perkarangan stadium bagi mereka yang tidak dapat masuk ke dalam stadium untuk mengikuti majlis gilang-gemilang itu secara langsung dari luar stadium.

Sementara itu, sebanyak 100 buah ‘food truck’ ada di luar stadium yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman kepada para pengunjung.

Seorang pemimpin daripada Parti Demokratik Progresif (PDP), Sallih Bitin, 62, berkata beliau sanggup datang dari Kuching hari ini bersama-sama lebih 70 lagi anggota PDP untuk menghadiri majlis malam ini, sebagai menzahirkan sokongan dan perpaduan kepada BN serta kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami mengharapkan manifesto yang positif bagi penduduk Sarawak, secara peribadi, saya mahu melihat projek infrastruktur baharu khusus bagi Sarawak dan penambahbaikan dalam kemudahan asas serta pendidikan bagi golongan muda kita,” katanya.

Najib akan melancarkan Manifesto tersebut di Axiata Arena pada pukul 8 malam ini, yang turut disaksikan barisan pemimpin BN.

Dokumen penting itu menggariskan komitmen dan aspirasi kerajaan pimpinan BN dalam memakmurkan rakyat dan terus memacu Malaysia ke arah kecemerlangan.

Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung oleh stesen TV utama seperti RTM, BNC, TV3 dan Astro Awani. – BERNAMA

Tags: Manifesto BN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bank Khas Urus Pinjaman Rumah Mampu Milik

Next Post

Manifesto BN: Cuti Paterniti 10 Hari Jika BN Menang

Related Posts

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

08/11/2022
0

SEREMBAN - Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha...

Next Post

Manifesto BN: Cuti Paterniti 10 Hari Jika BN Menang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd