• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Khas Urus Pinjaman Rumah Mampu Milik

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Iltizam untuk memastikan setiap keluarga mampu tinggal dalam rumah yang selesa, sama ada secara milik sendiri atau menyewa, diterjemahkan oleh Barisan Nasional melalui komitmen mewujudkan sebuah bank khas bagi memudahkan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah berharga RM300,000 ke bawah.

Perkara itu antara yang terkandung dalam Manifesto BN bertemakan ‘Bersama BN, Hebatkan Negaraku’ dilancarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Ia turut menjanjikan pengecualian cukai bagi pendapatan daripada penyewaan rumah.

Dalam manifesto yang dilancar untuk Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi, BN juga berjanji memperkenalkan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam untuk membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya.

Selain itu, BN juga memberi komitmen untuk membuka peluang kepada pesara kerajaan dan anak-anak mereka membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Manifesto itu turut menyebut bahawa BN akan membina semula perumahan rakyat dan perumahan kos rendah berusia lebih 20 tahun.

Ini merupakan antara janji di bawah teras Kediaman 1Negaraku:

Membantu pembeli yang menjadi mangsa kepada pemaju perumahan tidak berlesen.

Menyediakan dana khas bagi menggalakkan usahawan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Menyediakan insentif bagi menggalakkan bank dan pemaju perumahan menawarkan skim sewa-untuk-beli.

Mewajibkan Indeks Prestasi Utama (KPI) ke atas pembinaan Rumah Mampu Milik.

Menubuhkan tribunal penyelesaian konflik.

Mewujudkan sebuah entiti tunggal untuk menyelaras keseluruhan inisiatif perumahan mampu milik.

Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah yang akan menambah baik sistem perbankan Islam sedia ada.

Membina lebih banyak rumah komuniti Felda.

Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem untuk projek perumahan terbengkalai.

Membina perumahan mampu milik di tanah rizab Melayu, wakaf dan baitulmal yang terbiar.

Meningkatkan kapasiti Program Bantuan Rumah.

Menaik taraf rumah Orang Asli dan rumah pekerja estet di Semenanjung.

Menyediakan dana khas untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuaa Pengurusan Bersama (JMC).

Meningkatkan had tuntutan di bawah kuasa Tribunal Perumahan dn Pengurusan Strata (TPPS).

Memperluaskan kuasa kerajaan untuk menghidupkan semula projek perumahan terbengkalai.

Melancarkan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN).

Menamatkan polisi diskaun lot Bumiputera untuk hartanah bernilai RM1 juta dan ke atas.

Memperuntukkan 1,800 unit rumah dalam Program 1Anggota 1 Rumah (SASaR) untuk anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Membina 45,000 unit kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) menjelang 2030.

Mewujudkan Program Bantuan Baiki Rumah Veteran Tentera 1Malaysia dengan sasaran menjelang 2020.

Memperuntukkan 10,000 unit rumah PPA1M untuk anggota polis.

Membina 10,000 unit rumah mampu milik SASaR khusus untuk anggota ATM. – BERNAMA

Tags: Manifesto BNrumah mampu milik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd