Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

IPD, Balai Polis Diperkasa...

BERA - Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis akan diperkasakan...

Guan Eng Gagal Pindahkan...

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menerima hakikat bahawa...

Najib Tak Pernah Pilih...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak...

Tandas Awam Perlu Dijamin...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama yang diberi penekanan oleh Barisan Nasional (BN) dalam manifestonya yang dilancarkan malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua aspek itu menjadi keutamaan dalam 99 tawaran atau akujanji parti itu jika kembali memerintah negara khususnya dalam persediaan menghadapi jangkaan kemelesetan ekonomi dunia pada suku pertama tahun depan.

“Tawaran ini akan menjadi ‘game changer’ atau perubahan yang tidak pernah ditawarkan oleh BN pada PRU sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberi taklimat dan perbincangan bersama petugas Jalinan Rakyat (JR) serta Ketua Cawangan UMNO di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Menurut Presiden UMNO itu, tawaran itu turut mengambil kira keperluan dan kehendak pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun tetapi melibatkan pembangunan lebih seimbang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau, ia turut mengambil kira pelbagai isu dan masalah dihadapi rakyat seperti memastikan setiap isi rumah di negara ini mempunyai pendapatan minimum RM2,208 yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas BN kembali memerintah.

Beliau menerangkan antara lain isu beg sekolah berat yang menjadi keluhan ibu bapa sejak sekian lama ditangani menerusi usaha memperkenalkan Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks yang akan menyaksikan pembelajaran berlangsung menggunakan laptop atau komputer riba.


Terangnya, inisiatif besar BN untuk perkara itu adalah memberi komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan liputan Internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan selepas PRU15.

Sementara itu, ditanya mengenai ketiadaan tawaran pengeluaran wang bersasar Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) seperti ditawarkan Perikatan Nasional (PN), beliau menjelaskan BN mempunyai kaedah lain untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan keadaan ekonomi sekarang.

“Apabila pandemik Covid-19 berlaku, keadaan kewangan rakyat amat kritikal jadi pengeluaran KWSP dibenarkan, jadi ia mungkin sesuai apabila keadaan kritikal berlaku.

“Dalam keadaan ekonomi dunia dijangka berlaku kemelesetan, Insya-Allah kita akan lakukan satu usaha untuk pemulihan ekonomi tanpa perlu mengeluarkan wang untuk persaraan, kerana yang penting bukan memberi ikan kepada rakyat tetapi memberi pancing kepada rakyat.

“Ia bermaksud (bukan) peluang untuk mereka mengeluarkan wang untuk persaraan, tetapi memberi beberapa alternatif atau pilihan untuk mereka agar bakul pendapatan mereka dapat ditingkatkan tanpa perlu mengeluarkan caruman persaraan masing-masing,” ujar beliau.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori