• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN: Cuti Paterniti 10 Hari Jika BN Menang

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cuti paterniti lebih panjang untuk kakitangan sektor awam dan kenaikan jumlah unit amanah ADAM50 adalah antara janji Barisan Nasional (BN) yang ditawarkan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang dilancarkan hari ini.

Dalam manifesto yang bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’, BN berjanji membenarkan kakitangan lelaki sektor awam bercuti tanpa rekod selama 10 hari apabila isteri melahirkan anak.

Pada masa ini, kakitangan lelaki sektor awam menikmati cuti paterniti berbayar selama tujuh hari bagi menjaga isteri bersalin.

BN juga bercadang meningkatkan jumlah pemberian unit amanah percuma ADAM50 untuk membantu ibu bapa muda menjamin masa depan yang cerah untuk kelahiran baharu sekiranya terus diberi mandat membentuk kerajaan.

Dalam usaha memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, malam ini turut menawarkan:

Pelaksanaan polisi Penjagaan Awal Kanak-Kanak Universal dengan memformulasikan kurikulum, program inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesional sebagai persediaan kepada kanak-kanak yang bakal menjadi pewaris negara.

Mengangkat status nutrisi kanak-kanak berusia enam bulan hingga enam tahun dalam kalangan keluarga miskin tegar.

Mendorong majikan untuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dengan insentif khas selepas pelepasan cukai.

Memberikan insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Memperuntukkan cuti khas tujuh hari setahun kepada wanita yang menjaga anak atau saudara terdekat yang sakit.

Mewujudkan khidmat pusat sehenti yang menempatkan pusat jagaan kanak-kanak dan pusat usahawan untuk peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di bawah kelolaan Gabungan Penerokawati Felda Malaysia di semua petempatan Felda. – BERNAMA

Tags: Manifesto BN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd