• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambrose Yakin Penduduk Penampang Berubah

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Ketua Umno Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose yakin penduduk di daerah itu akan berubah untuk membuat pilihan yang bijak pada PRU14 ini.

Beliau berkata, walaupun daerah itu diwakili pembangkang, namun kerajaan BN tidak mengabaikan arus pembangunan Penampang untuk keselesaan penduduk daerah itu.

“Biarpun Penampang ini belum dimenangi BN tetapi saya percaya pada PRU14 ini, orang Penampang sudah berubah, iaitu berubah untuk BN, bukan berubah tidak menyokong BN.

“Saya berharap penduduk di sini mengubah fikiran dan memberi peluang kepada BN meneruskan pembangunan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sepakat Negaraku Komuniti 1Malaysia mobile CTC peringkat daerah Penampang, di kampung Madsiang, malam tadi.

Menurutnya, peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaik taraf Pasar Donggongon membuktikan kerajaan pimpinan BN mempunyai seorang pemimpin yang prihatin.

Pada Januari lalu, dalam lawatan Najib ke daerah itu beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM8.5 juta bagi menaik taraf pasar itu yang telah berusia lebih 30 tahun.

Dalam pada itu, Ambrose berkata, di bawah pemerintahan Najib, Mahkamah Anak Negeri tidak ketinggalan apabila turut diberi peruntukan berbanding pemimpin sebelum ini.

Katanya, kewujudan mahkamah itu sangat penting bagi kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus di Sabah.

“Jika mahkamah ini tiada, tentu sekali orang-orang muda akan lupa adat orang lama dan pemberian peruntukan itu membuktikan BN prihatin setiap keperluan rakyatnya tanpa mengira agama dan kaum,” katanya.

Amrose berkata peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaik taraf Pasar Donggongon membuktikan kerajaan pimpinan BN mempunyai seorang pemimpin yang prihatin.

Pada Januari lalu, dalam lawatan Najib ke daerah itu beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM8.5 juta bagi menaik taraf pasar itu yang telah berusia lebih 30 tahun.

Dalam pada itu, Ambrose berkata di bawah pemerintahan Najib, Mahkamah Anak Negeri tidak ketinggalan apabila turut diberi peruntukan berbanding pemimpin sebelum ini.

Katanya, kewujudan mahkamah itu sangat penting bagi kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus di Sabah.

“Jika mahkamah ini tiada, tentu sekali orang-orang muda akan lupa adat orang lama dan pemberian peruntukan itu membuktikan BN prihatin setiap keperluan rakyatnya tanpa mengira agama dan kaum. – BERNAMA

Tags: SabahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd