• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Pandangan Semua Pihak Laksana Manifesto

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Bank Negara sebelum membentangkan bajet ataupun manifesto parti itu untuk kebaikan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Othman Abdul berkata kerajaan akan memastikan kewangan negara benar-benar kukuh sekali gus segala yang dijanjikan dalam bajet ataupun manifesto berkenaan dapat ditunaikan sebaik mungkin kepada rakyat.

“Kerajaan apabila buat bajet pastinya mengira setiap sen yang akan kami peroleh dan sudah pastinya mendapat (pandangan) daripada Bank Negara, ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi).

“Jadi, kami bukan bentang pendapat perdana menteri seorang sahaja, semua pendapat diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada majlis ceramah rakyat BN bertajuk ‘Menolak Pakatan Hipokrasi’ di Padang Awam Taman Derga Jaya di sini malam tadi.

Sabtu lepas, ketika menyampaikan ceramah di Muar, Johor, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa seolah-olah mempertikaikan dari mana perdana menteri mendapatkan dana untuk melaksanakan manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Othman yang juga penyandang kerusi Parlimen Pendang itu berkata setiap pemberian kerajaan untuk rakyat seperti terkandung dalam bajet ataupun akur janji BN dalam manifesto bukan keputusan politik sebaliknya langkah profesional yang turut melibatkan Bank Negara.

Dalam pada itu, beliau meminta rakyat mengambil iktibar dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, Libya dan Mesir apabila kehidupan rakyat di negara itu jauh lebih teruk selepas menukar kerajaan baharu menerusi gerakan revolusi kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan terdahulu.

Sehubungan itu beliau berkata rakyat tidak perlu mendengar janji pembangkang sebaliknya Barisan Nasional telah mengotakan 99.4 peratus janji telah dapat ditunaikan dalam pencapaian manifesto yang dibentangkan pada PRU13. – BERNAMA

Tags: KerajaanManifesto BN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd