• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Syukri Mahu Ajar Anak Hidup Susah

oleh Haris
30/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELIHAT kepada kehidupan ushawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tidak dapat dinafikan, pasti ada segelintir pihak yang berasa cemburu menyaksikan kehidupan jutawan itu.

Maklumlah, Aliff juga sering menggunakan platform media sosial seperti Instagram untuk menunjukkan kemewahan hidup yang dilaluinya bersama isteri dan anak-anak.

Setiap kali menyaksikan tiga orang anak usahawan terkenal itu, pasti kadangkala terdetik di hati betapa bertuahnya kehidupan bak putera dan puteri raja anak kepada Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid itu.

Ini kerana tiga anak mereka, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8 dan Ibraheem Adham, 6, tinggal di sebuah banglo mewah, sering dibawa melancong ke luar negara, malah dihantar ke sekolah menggunakan kereta mewah.

Bagaimanapun, pada Ahad malam, Aliff memuat naik dua video di akaun Instagram miliknya yang menyaksikan tiga anaknya itu dihantar ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya dengan pemilik yang serba kekurangan selama seminggu.

Menurut Aliff, mereka dihantar ke rumah berkenaan bagi mempelajari bagaimana keadaan hidup susah dan supaya menjadi lebih berdikari.

Daripada video yang dimuat naik itu, anak bongsu Aliff yang lebih mesra disapa Baem dilihat menangis dan tidak dapat menahan kesedihan kerana ditinggalkan oleh usahawan itu dan isterinya di rumah tersebut.

Biarpun hanya kedengaran Baem menangis, dua lagi anak pasangan tersebut, Ammar dan Qadejah juga menujukkan riak muka yang sedih kerana terpaka tinggal dirumah itu dan berpisah dengan ibu bapa mereka.

Menerusi kapsyen video tersebut, Aliff menyifatkan kesemua anaknya itu dihantar ke tempat itu bagi mengajar mereka untuk tidak terlalu selesa dengan kemewahan dan belajar untuk hidup susah.

“Berat sebenarnya nak berpisah apatah lagi tengok semua menangis sampai saya sendiri berbelah bahagi nak teruskan atau tidak.

“Tapi kami suami isteri tekad… Ini cara kami didik anak supaya lebih dengar kata. InsyaAllah lepas ni saya nak hantar sekolah pondok macam saya dulu.

“Abah dengan mama terpaksa buat macam ni sebab abah nak anak-anak abah menghargai apa yang ada selama ni. Bukan senang nak didik anak supaya tahu macam mana erti kesusahan.

“Saya memang mengimpikan anak-anak saya dihantar ke rumah orang yg biasa untuk belajar erti susah dan jangan terlalu selesa bila mempunyai mak ayah yang senang,” jelasnya.

Pendekatan yang diambil Aliff itu tentu sekali mendapat reaksi pelbagai dari netizen di ruangan komen postingnya itu.

Rata-rata dari mereka mempertikai tindakan mengejut berkenaan dan merasakan bahawa Aliff yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik di hadapan mereka terlebih dahulu.

Malah, ada juga diantara netizen yang merasakan tindakan tersebut hanya akan mengganggu emosi kanak-kanak tersebut memandangkan anak-anak kecil ini memerlukan kasih sayang ibu bapa pada usia muda ini.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang memuji tindakan pengasas produk D’Herbs mendidik anaknya untuk berdikari supaya tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa di masa hadapan.

Mereka berpendapat, cara berkenaan berkesan dalam pembentukan diri kanak-kanak itu supaya lebih menghargai apa yang dimiliki dan tidak menjadi anak-anak yang manja tidak bertempat.

Tidak kira apa pun yang dilakukan usahawan kosmetik ini, pasti ada orang yang akan mengecam tindakannya yang dirasakan seprti tidak matang dan hanya ingin menyanagkan kekayaan.

Baru-baru ini, Aliff menerima kecaman hebat daripada netizen apabila aksinya yang ketawa mengekek melihat orang ramai bertungkus-lumus mendapatkan duit yang ‘terbang’ dan tindakannya itu dikatakan sebagai berlagak dan meninggi diri. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: anakDatuk Seri Aliff Syukriinstagram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd