Wednesday, July 17, 2024

Creating liberating content

Video: Pelajar Perempuan Belasah...

KOTA KINABALU - Rakaman video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di...

Wanita UMNO Minta Henti...

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Malaysia mengambil perhatian kepada tekanan yang dihadapi Dr....

Lapan Mangsa LRT Bertembung...

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas...

Jack Ma Kagum Pengetahuan...

PUTRAJAYA - Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang mengadakan pertemuan...

5 Penjuru Di Cameron Highlands Tanpa Kayveas

CAMERON HIGHLANDS – Kerusi Parlimen Cameron Highlands menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini tanpa bekas Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas yang sebelum ini diuar-uar akan bertanding atas tiket Bebas di kerusi itu.

Kelibat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dikenali dengan slogan ‘Make Cameron Nice Again’ tidak kelihatan di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands di sini sehingga tempoh penyerahan borang pencalonan tamat pada 10 pagi tadi.

Pada 12.15 tengah hari, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis mengumumkan kerusi tersebut akan ditandingi calon Barisan Nasional (BN-MIC), Datuk C. Sivarraajh; Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS), M. Manogaran (PKR-DAP), Mohd Tahir Kassim (Berjasa) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), B. Suresh Kumar.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata, calon BN-MCA, Leong Tak Man berdepan Datuk S. Kumar (PAS) dan Chiong Yoke Kong (PKR-DAP).

Kerusi DUN Jelai pula bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, 59, (BN-UMNO); Abdul Karim Nor (PAS), Dr. Abdul Rasid Mohamed (PKR-PPBM) dan Mat Nor Ayat (PSM).


Kerusi Cameron Highlands yang disandang bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel merupakan kerusi tradisi MIC sejak PRU 2004.

Sebelum ini media melaporkan Kayveas secara terbuka menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi itu. – BERNAMA

Kategori