Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Akta 258 Perlu Pindaan...

PUTRAJAYA – Akta 258 yang membenarkan penubuhan yayasan untuk membantu golongan kurang bernasib...

KKM Giat Kesan Sub-kluster...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi serta...

Hari Pertama Hantar Ke...

SEORANG ibu yang baharu mula bekerja tidak menyangka bayi yang ditinggalkan pada rumah...

Bangla Ni Tak Mengaku...

JIKA anda masih ingat kisah dongeng "Si Tanggang", pastinya anda tahu akan sikapnya...

20 Maut Insiden Banduan Cuba Larikan Diri

RIO de JANEIRO – Sekurang-kurangnya 20 maut, selepas banduan cuba melarikan diri dari penjara di utara negara ini, dengan bantuan kumpulan bersenjata yang meletupkan tembok pusat tahanan berkenaan.

Pihak berkuasa menggambarkan cubaan melarikan diri dari Kompleks Penjara Santa Izabel, di Belem berhampiran hutan hujan Amazon itu seperti satu operasi tentera apabila banduan dan sekutu mereka yang berada di luar penjara, yang lengkap bersenjata berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

“Dalam cubaan menyelamatkan banduan, bahan letupan dipasang untuk meletupkan salah satu tembok.

“Cubaan banduan untuk melarikan diri mendapat bantuan kumpulan yang lengkap bersenjata, malah banduan terbabit dipercayai memiliki senjata.

“Ia memaksa pengawal penjara berbalas tembakan dengan banduan bagi mematahkan cubaan berkenaan,” katanya.


Menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan, 19 banduan dan penyerang bersenjata disahkan terkorban, manakala baki seorang lagi yang terbunuh adalah pengawal penjara.

Selain itu, empat pengawal penjara turut cedera dan salah seorang daripadanya mengalami cedera parah. – AFP/BH ONLINE

Kategori