• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

150 Atlet, Pegawai Sertai Pembukaan Sukan Komanwel

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Seramai 150 atlet dan pegawai Malaysia akan menyertai acara perbarisan sempena upacara pembukaan rasmi Sukan Komanwel 2018 di sini, Rabu.

Setiausaha Kehormat Majlis Sukan Olimpik (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata tidak semua atlet negara akan mengambil bahagian dalam acara perarakan masuk kontinjen itu, khususnya mereka yang terlibat dengan pertandingan pada Khamis.

“Kontinjen negara akan tampil mengenakan busana ciptaan Cosry, baju Melayu dan baju kurung berwarna merah dan biru…baju yang dipakai ketika Sukan SEA ke-29 tahun lepas.

“Tidak semua atlet menyertainya kerana kita mahu atlet yang acara mereka bermula keesokan hari (Khamis) mendapatkan rehat secukupnya,” katanya.

Jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi temasya sukan empat tahun sekali itu.

Temasya sukan berprestij yang bakal disertai 6,600 atlet dan pegawai dari 71 negara Komanwel itu akan diadakan di Stadium Carrara yang boleh memuatkan 35,000 penonton.

Dalam perkembangan lain, Beng Choo menasihati atlet agar berhati-hati dengan pengambilan makanan bagi mengelak perkara tidak diingini.

Beliau berkata atlet negara juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan daripada luar perkampungan sukan.

“Pengurus pasukan setiap sukan diberi arahan untuk sentiasa berpesan kepada atlet agar berhati-hati ketika makan dan bukan sahaja terhad kepada bahan terlarang yang boleh menyebabkan positif doping,” katanya selepas upacara menaikkan bendera kontinjen di perkampungan sukan di Universiti Griffith.

Kontinjen negara terdiri daripada 178 atlet dan 95 pegawai akan mengambil bahagian pada temasya sukan itu yang akan membuka tirai esok sehingga 15 April. – BERNAMA

Tags: Datuk Low Beng Choo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Filipina Masih Berminat Anjur Sukan SEA 2019

03/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Filipina masih berminat menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-30 pada 2019 walaupun laporan berita baru-baru ini mendakwa ia tidak akan diadakan di negara itu susulan situasi bergolak...

Kemelut NAAM Perlu Diselesaikan Segera – MOM

24/01/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) serta lima ahli gabungannya digesa segera mencari jalan pendamaian supaya tidak menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd