• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut NAAM Perlu Diselesaikan Segera – MOM

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) serta lima ahli gabungannya digesa segera mencari jalan pendamaian supaya tidak menjejaskan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, pada 31 Mac ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata kemelut dalaman NAAM telah berlarutan sejak 2015 dan sehingga hari ini pihak yang terlibat gagal mencari jalan penyelesaian terbaik.

Susulan kemelut dalaman itu, MOM, yang bertindak sebagai orang tengah, mendengar penjelasan awal daripada lima ahli gabungan itu di Wisma MOM sini, hari ini.

Berikutan itu, MOM menetapkan 10 Feb ini untuk kepimpinan NAAM mengadakan mesyuarat dengan kesemua 18 ahli gabungannya bagi menyelesaikan masalah dalaman persatuan berkenaan.

“Dalam hal ini, lebih baik semua ahli gabungan berbincang dan menyelesaikan masalah ini,” kata Beng Choo pada sidang media selepas pertemuan dengan lima ahli gabungan tersebut.

Isu itu bermula apabila NAAM telah memberikan surat tunjuk sebab kepada lima ahli gabungan iaitu Kedah, Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan dan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) kerana gagal menghadiri mesyuarat AGM ke-40 tahun lepas.

Berikutan itu, lima ahli gabungan yang terlibat kini berdepan penggantungan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Memanah Kedah, Datuk Abdul Hamid Hassan berkata beliau berharap MOM dapat membantu kedua-dua pihak iaitu NAAM dan lima ahli gabungan itu mencari penyelesaian terbaik.

“Kita berbincang mengenai masalah teknikal berkaitan surat tunjuk sebab iaitu daripada segi tarikh dikeluarkan. Di sini ada masalah sedikit…mungkin kami terlepas pandang dan salah tafsiran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Low Beng ChooNAAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

150 Atlet, Pegawai Sertai Pembukaan Sukan Komanwel

04/04/2018
0

GOLD COAST – Seramai 150 atlet dan pegawai Malaysia akan menyertai acara perbarisan sempena upacara pembukaan rasmi Sukan Komanwel 2018...

Filipina Masih Berminat Anjur Sukan SEA 2019

03/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Filipina masih berminat menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-30 pada 2019 walaupun laporan berita baru-baru ini mendakwa ia tidak akan diadakan di negara itu susulan situasi bergolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd