Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Barcelona Sah Suarez Boleh...

LONDON - Penyerang baharu Barcelona, Luis Suarez dapat beraksi dalam La Liga menentang...

Netizen Tegur Fesyen Pelik...

SEBELUM ini nama usahawan kosmetik Joy Revfa menjadi bualan hangat netizen disebabkan isu...

“Ini Mimpi Terburuk Saya”...

'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.Perkhabaran tentang kehilangan pesawat milik Air...

Felda Berterima Kasih Kepada...

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berterima kasih kepada kerajaan di...

Filipina Masih Berminat Anjur Sukan SEA 2019

KUALA LUMPUR – Filipina masih berminat menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-30 pada 2019 walaupun laporan berita baru-baru ini mendakwa ia tidak akan diadakan di negara itu susulan situasi bergolak di  Mindanao, wilayah selatannya.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) memaklumkan mereka masih mengadakan rundingan dengan kerajaan mereka bagi membolehkan temasya sukan itu diadakan pada 2019 selepas kali terakhir Filipina menjadi tuan rumah pada 2005.

“Secara lisan, POC menyatakan mereka masih berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA (2019) tetapi mereka pohon masa untuk berbincang dengan kerajaan mereka.

“Kami perlu faham kerana kerajaan mereka kini memberi tumpuan kepada keadaan bergolak di bandar Marawi (Mindanao) tapi mereka ada masa lagi malahan kami belum lagi menerima notis rasmi penarikan diri daripada mereka,” katanya.

Beng Choo berkata demikian pada Bernama selepas menjadi tetamu program ‘The Nation’ yang dihoskan pengacara Zaini Yuhyi di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan senarai akhir atlet negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan diumumkan selepas mesyuarat pendaftaran delegasi negara pada 10 Ogos ini.

Beliau turut mengesahkan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 397 daripada 404 acara yang dipertandingkan kerana MOM berpandangan sesetengah atlet negara masih belum bersedia sepenuhnya untuk menyertai Sukan SEA kali ini.


Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa Malaysia akan menghantar kontinjen terbesar dengan 874 atlet manakala juara bertahan Sukan SEA, Thailand akan  menghantar  858 atlet.

Dalam perkembangan sama, Beng Choo mengesahkan pembawa Jalur Gemilang dan juga pembawa obor terakhir yang akan menyalakan kawah pada upacara perasmian Sukan SEA 2017, dijangka diumumkan selepas berakhirnya kem latihan pusat fasa akhir kontinjen negara di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 4-10 Ogos ini.

“Kita telah membuat senarai pendek tetapi beberapa faktor lain turut dipertimbangkan sebelum kita menamakan pembawa bendera Jalur Gemilang dan juga pembawa obor yang akan menyalakan kawah pada hari perasmian Sukan SEA nanti,” kata Beng Choo.

Acara Sukan SEA 2017 dijadualkan bermula pada 14 Ogos ini dengan upacara perasmian pada 19 Ogos manakala penutup pada 30 Ogos. – BERNAMA

Kategori