Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 5 Juta Kanak-Kanak...

BAGHDAD - Lebih lima juta kanak-kanak amat memerlukan bantuan di Iraq, kata Pertubuhan...

“Saya Tidak Tahu” –...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan khabar angin...

Syarikat Kren Roboh Di...

SALAH satu firma binaan terbesar di dunia, Saudi Binladin Group telah memberhentikan kira-kira...

Pahang Bebas Penyakit H5N1...

KUANTAN - Pahang bebas daripada penyakit selesema burung (H5N1) selepas keputusan ujian ke...

Video: Pengakuan Ngeri Anak Ketawa Sembelih Ibu

BEBERAPA hari lalu, kecoh di Indonesia apabila seorang anak bertindak menyembelih ibunya sehingga kepala terpisah dari badan hanya kerana tidak diberikan wang tunai.

Seperti yang dilaporkan, pihak polis telah berjaya menangkap suspek kurang 24 jam selepas suspek melarikan diri sejurus membunuh ibunya, dengan kejam.

Kejadian yang berlaku di sebuah sawah padi di wilayah Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia itu menyaksikan suspek yang dikenali sebagai Sumudi menggunakan parang untuk menetak ibunya, Sutarmi Mad Muslim berkali-kali sehingga kepala mangsa putus.

Kaitan: Gara-Gara Tak Dapat Duit, Anak Sembelih Ibunya

Dalam sebuah rakaman video yang baru sahaja tersebar, Sumudi mengakui tidak menyesal melakukan perkara kejam itu malah berasa puas.

Melalui video berdurasi 18 saat tersebut, seorang lelaki bertanyakan kepada Sumudi sama ada dia menyesal setelah bertindak demikian, namun dengan spontan dan bersahaja suspek menjawab tidak.

Setelah ditanya apakah dia puas dapat membunuh wanita itu, Sumudi turut tertawa dan mengaku puas sebelum perakam beristighfar dengan jawapan bersahaja dari suspek.


Menurut pihak polis, suspek sebelum ini mempunyai sejarah gangguan mental dan pernah dimasukkan ke sebuah hospital disebabkan kondisinya itu.

Justeru polis akan membawa Sumudi untuk pemeriksaan mental bagi mendapat lebih informasi mengenai tahap kewarasan suspek.

Ketika ditahan, polis menemui parang yang digunakan untuk menetak ibunya, baju mangsa, beg suspek dan juga basikal milik suspek.

Suspek ketika ini ditahan di Balai Polis Kebumen dan melalui kesalahan pembunuhan berencana dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau pun penjara seumur hidup. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori