Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Suhakam Akan Terus Pejuang...

SAMBUTAN Hari Hak Asasi Manusia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Petaling...

Didenda RM5K Jual 245...

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat yang menjual barangan kosmetik didenda RM5,000 oleh Mahkamah...

Mahkamah Turki Perintah Sekat...

ISTANBUL - Mahkamah Turki hari ini mengarahkan sebuah laman web yang menyiarkan muka...

Kelasss… Sajat Ke Kelantan...

USAHAWAN terkenal, Nur Sajat sememangnya antara selebriti sensasi yang sentiasa mendapat perhatian umum. Pelbagai...

UTeM Juarai Pertandingan Intervarsity Dance

KUALA LUMPUR – Kelab Kebudayaan India Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) muncul juara pertandingan Intervarsity Dance yang disertai tujuh buah universiti awam di seluruh negara.

Kejohanan yang diadakan bersempena program Colorfest 2.0 itu diadakan di Auditorium Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini itu mengetengahkan tarian India.

“Kelab Kebudayaan India UTeM yang diwakili UTeM Rhythmic Squad berjaya merangkul kejuaraan hasil daripada sentuhan Ivan Mathias selaku koreografer,” kata UTeM dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Prof. Datuk Dr. Izaidin Abdul Majid dalam kenyataan sama turut melahirkan rasa gembira beliau atas kemenangan itu.

Kata beliau, walaupun pelajar UTeM terbabit sibuk dengan pelajaran masing-masing, tetapi mereka masih mampu menyerlah dalam pertandingan seperti itu.


“Kemenangan ini menyerlahkan UTeM bukan hanya menyerlah dalam aspek kejuruteraan dan teknologi kejurteraan, namun turut menyerlah jauh dalam perspektif kesenian dan kebudayaan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori