• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Urutan MyPapaCare Bantu Lelaki Kesan Kanser Zakar

oleh Ahmad Albab
20/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ekoran kejayaan program penjagaan kesihatan wanita MamaCare sehingga dikenali di peringkat antarabangsa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini memperkenalkan program urutan kesejahteraan lelaki atau MyPapaCare.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata selain membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan golongan lelaki, MyPapaCare juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pengesanan awal kanser testis dan prostat dalam kalangan lelaki Malaysia.

Sebagai permulaan, katanya seramai 30 pengamal MyPapaCare dipilih oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan sebagai perintis program tersebut dan khidmat mereka setakat ini boleh diperoleh di Klinik Nur Sejahatera di aras empat KPWKM di sini.

Bercakap kepada pemberita pada majlis prapelancaran MyPapaCare di KPWKM di sini hari ini, Rohani berkata kos khidmat urutan MyPapaCare ialah RM1 bagi satu minit iaitu sama dengan kos urutan MamaCare.

Beliau berkata KPWKM merancang melatih 100 pengamal MyPapaCare dalam tempoh setahun bagi membolehkan 10,000 lelaki memanfaatkan khidmat MyPapaCare itu.

“Kesemua pelatih MyPapaCare yang menamatkan kursus dan latihan akan diberikan sijil yang melayakkan mereka memohon pekerjaan di hospital atau di mana-mana sahaja,” katanya lagi.

Mereka yang layak untuk mengikuti kursus sebagai tukang urut MyPapaCare adalah warganegara Malaysia yang berumur antara 24 dan 60 tahun, dengan pengalaman mengurut selama tiga tahun dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia aras tiga serta daripada kumpulan mereka yang berpendapatan rendah atau B40, katanya.

Rohani berkata khidmat MyPapaCare akan diperluaskan di seluruh negara melalui 50 Klinik Nur Sejahtera LPPKN sedia ada. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: KPWKMlelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd