• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Syor Perubahan Nama 12 Kawasan Parlimen, 28 DUN

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan perubahan nama pada 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung Malaysia dalam Laporan Kajian Semula Persempadanan.

Badan bebas itu juga mengesyorkan tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan DUN di Semenanjung.

Ini menjadikan bilangan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kekal 222 kerusi dan kerusi DUN keseluruhannya kekal 587 kerusi.

Bagaimanapun, PRU14 ini tidak akan menyaksikan pertandingan bagi 82 kerusi DUN Sarawak kerana negeri itu telah mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016.

Keempat-empat syor itu terkandung dalam laporan berkenaan yang meliputi kajian semula persempadanan di semua negeri di Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, dan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Cadangan perubahan nama itu ada hanya pindaan daripada ejaan lama kepada ejaan baharu dan ada meliputi perubahan seperti kawasan Parlimen Bangi yang asalnya dikenali sebagai Parlimen Serdang, Parlimen Subang (Kelana Jaya), Parlimen Damansara (Petaling Jaya Utara) dan Parlimen Iskandar Puteri (Gelang Patah).

Urusan kajian semula persempadanan itu selaras dengan peruntukan Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan dan berlandaskan kepada prinsip-prinsip persempadanan dan tatacara persempadanan yang ditetapkan di bawah perlembagaan itu.

Kali terakhir kajian semula persempadanan itu diadakan pada 2003 dan menurut Perlembagaan Persekutuan ia perlu diadakan sekurang-kurangnya lat lapan tahun.

Menurut laporan berkenaan, kriteria kajian semula itu berdasarkan keadaan geografi dan topografi kawasan; tahap pembangunan kawasan terlibat; keadaan demografi, kepadatan penduduk dan bilangan pemilih; serta kemudahan asas infrastruktur seperti jalan raya dan sistem komunikasi.

Secara keseluruhannya, sebanyak 600 representasi daripada 1,685 representasi yang diterima telah diadakan siasatan tempatan.

Antara bantahan yang dibangkitkan ialah pemindahan Daerah Mengundi dari satu kawasan ke kawasan lain dan jurang bilangan pemilih.

SPR ada menerima dan ada menolak representasi bantahan itu dengan alasan untuk memelihara hubungan komuniti tempatan dan mengurangkan jurang bilangan pemilih antara satu kawasan dengan kawasan lain.

Kajian semula persempadanan sejak 15 September 2016 itu telah dilakukan dengan telus melalui proses notis persempadanan, pameran, syor, representasi dan siasatan tempatan.

Menurut laporan itu, jumlah pemilih di Semenanjung Malaysia adalah 11.3 juta orang atau dengan tepatnya 11,379,352 orang mengikut daftar pemilih yang diperakui dan diwartakan pada 13 Mei 2016 dan 6 September 2016. – BERNAMA

Tags: ParlimenSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mengarahkan pembatalan sambutan Hari Peneroka FELDA Johor pada...

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd