• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Dibuli, Nyaris Langgar Pemandu BMW Ini”

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ini satu lagi cerita samseng jalanan melibatkan pemilik kereta mewah yang kini heboh tular diperkatakan pengguna media sosial tempatan.

Melalui perkongsian seorang pelajar menerusi laman Facebook, menceritakan detik cemasnya apabila motosikal ditunggangnya, nyaris kemalangan dengan sebuah kereta BMW berwarna hitam.

Menurut mangsa, Hang Ming, kejadian bermula apabila pemandu kereta terbabit secara tiba-tiba melakukan brek mengejut ketika di sedang membonceng di Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke Pasir Panji, di sini.

“Saya dalam perjalanan pulang ke rumah dan terserempak dengan BMW itu. Saya tahu saya agak laju sedikit pada waktu itu tetapi saya mula perlahan selepas ternampak kereta tersebut.

“Ketika saya memperlahankan motosikal, saya tidak tahu kenapa dia buat brek kecemasan secara tiba-tiba. Bukan sekali, tetapi beberapa kali.

“Di persimpangan lampu isyarat kedua, saya berhenti dan periksa sama ada kereta itu masih mengekori saya atau tidak, mujur kereta itu sudah berlalu pergi.

“Ada sesiapa yang mengenali pemandu kereta ini? Saya nak tahu apa salah saya dan apa yang dia cuba nak buktikan sebenarnya?” katanya dalam kejadian kira-kira jam 12.50 pagi Ahad itu.

Menerusi video berdurasi dua minit 35 saat itu, mangsa yang dipercayai menunggang motosikal Kawasaki ZX636 berada di lorong kanan nyaris merempuh belakang kereta mewah tersebut dan pemandu itu kemudian terus memecut.

Hang kemudian cuba meneruskan perjalanannya dengan menggunakan lorong kiri tetapi dihalang oleh kereta itu.

Bagaimanapun tidak berapa lama kemudian, pemandu itu sekali lagi menekan brek agar Hang merempuh belakang keretanya namun tindakannya itu gagal kerana mangsa sempat mengelak.

Bermula dari situ berlakunya kejadian kejar mengejar dan di penghujung video, BMW itu berhenti mengejut di depan laluan mangsa dan buat kali ketiga mangsa nyaris terlanggar kereta itu.

Sehingga kini, video kejadian itu kini tular di media sosial dan semakan netizen mendapati pemandu kereta bernombor plat AJB 818 itu dimiliki lelaki berusia 36 tahun yang berasal dari Bidor, Perak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BMWpembuli jalanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

Kes Enjin Terbakar: Korea Selatan Denda BMW RM42 Juta

25/12/2018
0

HUKUM... Kerajaan Korea Selatan terpaksa mengenakan denda sebanyak 11.2 bilion won (kira-kira RM42 juta) terhadap syarikat pembuat kereta ternama Jerman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd