• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan ‘Haruan Makan Anak’ Didengar 25 April

oleh Ahmad Albab
20/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 April bagi mendengar rayuan seorang bapa yang dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan kerana melakukan 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun, tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam Cyrus Tiu Foo Woei memohon tarikh baharu bagi meneliti kertas pertuduhan dan rekod rayuan lelaki berusia 37 tahun itu.

“Saya baharu sahaja dilantik, saya difahamkan rekod rayuan berada di penjara dan saya memerlukan masa untuk menyemak dan menelitinya,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin selaku responden tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan peguam itu.

Perayu memfailkan rayuan untuk mengurangkan hukumannya pada Oktober tahun lalu.

Ketika ditemui pemberita, Tiu dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) berkata beliau dilantik mewakili perayu pada 7 Mac lepas selepas mendapati tiada peguam yang mewakilinya dalam kes itu.

Terdahulu, perayu yang bekerja sebagai ejen unit amanah dibawa masuk ke bilik mahkamah pada 9.43 pagi dan dia kelihatan bersahaja sambil memandang orang awam yang berada di galeri awam.

Kesnya mendapat perhatian ramai kerana ini pertama kali seorang tertuduh menghadapi pertuduhan jenayah seksual yang begitu banyak.

Pada 8 Sept tahun lepas, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah atas 591 pertuduhan meliwat, 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh, satu pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa yang juga anak perempuan sulungnya.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun bagi kesalahan merogol manakala untuk penganiayaan seks, bapa tiga anak itu dihukum penjara 20 tahun.

Dia juga dihukum penjara 20 tahun bagi setiap pertuduhan melakukan seksual fizikal dan ketiga-tiga hukuman itu diperintahkan berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 26 Julai lepas.

Oleh itu bagi ketiga-tiga hukuman tersebut, lelaki berkenaan perlu menjalani hukuman penjara selama 28 tahun.

Bagi 591 kesalahan liwat, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak selepas dia tamat menjalani hukuman penjara 28 tahun itu.

Yong Zarida juga menjatuhkan hukuman sebatan sebanyak 24 sebatan terhadap lelaki itu bagi kesalahan meliwat, melakukan seksual fizikal dan merogol.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan menjalani pengawasan polis selama tiga tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara serta diarahkan membayar wang pampasan kepada mangsa berjumlah RM10,000, dan boleh dipenjara selama 12 bulan jika gagal menjelaskan denda itu.

Dia juga diperintahkan untuk menyempurnakan bon berkelakuan baik untuk tempoh lima tahun dengan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan.

Mengikut fakta kes, pada 25 Julai 2017 pada 5.30 petang, mangsa telah pergi ke rumah ibu kandungnya yang merupakan pengadu dalam kes ini dalam keadaan kemurungan.

Mangsa tinggal dengan bapanya di rumah sewa bapanya setelah ibu bapanya bercerai pada awal Januari tahun lepas sehingga laporan polis dibuat oleh pengadu pada 25 Julai tahun lepas selepas mangsa menceritakan kepada pengadu apa yang berlaku.

Sebelum itu mangsa bimbang akan dimarahi dan dipukul bagaimanapun mendapat kekuatan apabila bapanya menyatakan hasrat untuk mengambil adiknya tinggal bersama mereka dan dia bimbang perkara sama berlaku kepada adik-adiknya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Jenayah Seksual Kanak-KanakPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd