• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peragut Tak Sedar Dedah Wajah Sendiri Dalam FB Live

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Tindakan dua lelaki meragut telefon pintar seorang wanita yang sedang menggunakan aplikasi Facebook Live akhirnya memakan diri apabila wajah penjenayah tersebut berjaya dirakam.

Dalam rakaman yang tular di media sosial itu, mangsa yang dilihat melakukan penstriman secara langsung menerusi lama Facebook bersama seorang lagi rakannya di sebuah kawasan perumahan di daerah Tangerang, Indonesia.

Mereka kemudiannya didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang bertindak meragut mangsa sebelum melarikan diri.

Peragut berkenaan sempat menoleh ke arah mangsa sebelum wajahnya secara tidak sengaja memandang tepat ke arah kamera yang sedang ‘Live’ itu.

Video berdurasi tiga minit 33 saat itu, tular di Facebook dengan jumlah tontonan lebih 200,000 pengguna setakat semalam.

Netizen di laman Facebook melahirkan rasa simpati keatas nasib wanita itu biarpun kejadian itu sebenarnya boleh dielak sekiranya wanita itu lebih berhati-hati dan tidak terlalu asyik dengan peranti berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Tangerang Selatan, Fadli Widiyanto, berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian ragut itu.

“Mangsa telah membuat laporan di balai polis semalam dan siasatan dijalankan berdasarkan rakaman video yang tular tersebut.

“Kami akan buat semakan sekiranya lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau atau mempunyai kaitan dengan kes ragut yang lain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd