• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjara Beri Peluang Kepada Pesalah Muda Baiki Diri

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan pesalah muda dan juvana menunjukkan penjara bukan tempat menghukum sebaliknya memberi peluang kedua kepada mereka khususnya dari segi pendidikan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang lalu, 144 orang atau 92.3 peratus daripada keseluruhan calon banduan dan juvana layak mendapat sijil.

“Calon yang mendapat sekurang-kurangnya 1A adalah seramai 62 orang dan lima orang merupakan pelajar terbaik iaitu seorang mendapat keputusan 9A, seorang 8A dan 2B, seorang 7A dan 1B manakala yang mendapat 6A adalah dua orang.

“Jumlah yang menyambung ke peringkat pengajian tinggi di penjara adalah seramai 41 orang iaitu dua orang peringkat PhD (doktor falsafah), tiga orang peringkat Masters (sarjana), 13 orang peringkat ijazah dan 23 orang peringkat diploma,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Penjara ke-228 dan Hari Antidadah Kebangsaan ke-35 di Arena Merdeka, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid mahu masyarakat mengubah pemikiran berhubung institusi penjara.

“Kenapa kita perlu melakukan sedemikian (ubah minda)… sebab di minda kita sebagai rakyat yang berada di luar ini banduan mesti dihukum, mesti disebat, tetapi pendekatan kita adalah koreksional iaitu melakukan pemulihan,” katanya.

Katanya bagi memastikan aspek pendidikan diberikan penekanan sepenuhnya dalam kalangan pesalah, Malaysia satu-satunya negara yang menyediakan maahad tahfiz di penjara.

Kini terdapat empat pusat maahad tahfiz ditubuhkan di penjara iaitu Penjara Kluang di Johor Bahru; Tapah di Perak; Marang di Terengganu dan Pokok Sena, Kedah, katanya.

“Maahad tahfiz untuk banduan-banduan menghafal al-Quran, (justeru) mustahil mereka yang keluar akan buat jenayah semula,” katanya.

Malah kata beliau, di Johor, banduan yang menghafal 30 juzuk al-Quran menerima elaun RM1,000.

Bercakap mengenai pencapaian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ahmad Zahid berkata agensi itu menjalankan tugas yang baik bagi memastikan banduan yang keluar dari penjara mendapat pekerjaan.

“Statistik tahun lepas menunjukkan daripada 60,116 Orang Kena Pengawasan (OKP), seramai 43,453 orang iaitu 72.28 peratus daripada mereka mempunyai pekerjaan,” katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat mengambil peduli akan golongan penagih dengan menjadi mata dan telinga kepada AADK.

Sikap hanya ‘peduli apabila berlaku kecurian di sekitar kampung’ perlu diubah agar penagih terbabit dibantu, katanya.

“It needs a village to raise a child, ertinya untuk meningkatkan sahsiah seseorang kanak-kanak memerlukan kerjasama seluruh warga kampung, bukan hanya ibu bapa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd