• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelarian Rohingya Di Bangladesh Terancam

oleh Ahmad Albab
10/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEM PELARIAN CHAKMAKUL – Pelarian Rohingya yang tinggal dalam pondok di tepi bukit curam di selatan Bangladesh berdoa, beg pasir yang membentengi lereng curam mampu bertahan untuk musim monsun mendatang.

Seorang pelarian, Mohammed Hares, 18, berkata, rekahan sudah mulai kelihatan pada pondok lumpur yang didiaminya.

“Beg pasir itu menjadikannya selamat namun tidak dapat bertahan jika hujan terlalu lebat,” katanya.

Hampir 700,000 Muslim Rohingya lari ke Bangladesh sejak Ogos lalu untuk lari daripada tindakan keras tentera di Myanmar. Kebanyakannya kini tinggal dalam struktur buluh dan plastik nipis di atas bukit yang satu ketika dulu hutan tebal.

Bangladesh kerap dilanda taufan dan kem Rohingya terletak di bahagian negara itu yang merekodkan jumlah hujan tertinggi. Model komputer oleh agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) menunjukkan, lebih 100,000 pelarian diancam tanah runtuh dan banjir pada musim monsun akan datang.

Musim hujan biasanya bermula April dan kemuncaknya pada Julai, menurut Jabatan Meteorologi Bangladesh.

Di Kutupalong-Balukhali, kem buatan terbesar, sehingga satu pertiga kawasan tanah mungkin banjir, menyebabkan lebih 85,000 pelarian hilang tempat tinggal, menurut UNHCR. Tambahan 23,000 pelarian tinggal di kawasan cerun yang berisiko tanah runtuh.

UNHCR, Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa (IOM) dan Program Makanan Dunia (WFP) menggunakan jentolak untuk meratakan 50 hektar kawasan di utara kem Kutupalong-Balukhali dalam usaha menjadikan kawasan itu lebih selamat, kata jurucakap UNHCR, Caroline Gluck.

IOM meletakkan peralatan mengeluarkan sampah dan kru di seluruh kem, katanya dan cuba memperbaiki jalan raya dan menstabilkan cerun.

Agensi itu juga mendirikan pusat rawatan cirit-birit kecemasan serta menyediakan latihan perubatan serta mencari dan menyelamat.

Setiausaha Pengurusan Bencana Bangladesh, Shah Kamal berkata, kerajaan sedang bekerja dengan PBB untuk memindahkan 133,000 pelarian yang tinggal di kawasan berisiko tinggi.

Selain itu, katanya, pihaknya juga melancarkan stesen radio bahasa Rohingya yang bertindak sebagai sistem amaran bencana alam.

Pihak berkuasa Bangladesh sebelum ini memaklumkan Reuters, mereka menggesa satu pelan kontroversi menukar pulau tidak dihuni di Teluk Bengal menjadi rumah sementara Rohingya dan memindahkan 100,000 pelarian ke sana sebelum musim monsun. – Reuters/BH ONLINE

Tags: BangladeshEtnik Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd