• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

oleh Mynewshub
20/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Rohingya (MUR) menegaskan komuniti Rohingya yang berada di Malaysia tidak berniat untuk menetap secara kekal atau menuntut hak kewarganegaraan negara ini.

Komuniti berkenaan sebaliknya bersedia pulang ke Myanmar sekiranya wujud jaminan keselamatan, keamanan serta pengiktirafan hak kewarganegaraan mereka.

Pengerusi MUR, Rahimullah Muhammad Hussain berkata, kehadiran masyarakat Rohingya di Malaysia adalah semata-mata bagi mendapatkan perlindungan sementara daripada konflik dan penindasan yang berlarutan di negara asal mereka.

Menurut beliau, dakwaan yang tular di media sosial kononnya masyarakat Rohingya menuntut hak sebagai warganegara Malaysia adalah tidak benar dan telah diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Bahkan kami sedang memperjuangkan hak kewarganegaraan daripada kerajaan Myanmar yang menjadi tanah tumpah darah kami.

“Kami juga bersedia untuk kembali ke Myanmar apabila wujud jaminan keselamatan, keamanan serta pengiktirafan terhadap hak-hak kewarganegaraan kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Dalam kenyataan sama, MUR turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat negara ini atas bantuan, perlindungan dan peluang pendidikan yang diberikan kepada komuniti Rohingya sepanjang berada di Malaysia.

Pada masa sama, MUR turut memohon maaf sekiranya terdapat tindakan segelintir individu dalam komuniti Rohingya yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat tempatan.

Mereka menegaskan sebarang salah laku perlu ditangani secara individu mengikut undang-undang dan tidak sepatutnya digeneralisasikan kepada keseluruhan masyarakat Rohingya.

Mengulas isu yang tular berkaitan Pasar Borong Selayang, MUR turut menafikan dakwaan bahawa kawasan tersebut dikuasai oleh masyarakat Rohingya.

Sebaliknya, menurut mereka, kawasan berkenaan melibatkan komuniti dari Myanmar yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bukan hanya Rohingya semata-mata.

MUR turut mengingatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya serta mengelakkan penyebaran fitnah dan ucapan kebencian yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1951 dan Protokol 1967, justeru segala urusan berkaitan pelarian adalah tertakluk kepada undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia.

Untuk rekod, masyarakat Rohingya merupakan antara kumpulan etnik dari Myanmar yang telah lama berdepan konflik dan isu kewarganegaraan, menyebabkan sebahagian daripada mereka mendapatkan perlindungan di pelbagai negara termasuk Malaysia.-MYNEWSHUB

Tags: Bot Pelarian Rohingyaburuh rohingyaEtnik RohingyaFlat RohingyaKrisis RohingyaRemove Rohingya from Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Tanah Robohkan ‘Flat Rohingya’

Pemilik Tanah Robohkan ‘Flat Rohingya’

13/06/2026
0

KAJANG - Sebuah binaan haram yang diberi jolokan 'Flat Rohingya' di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat dekat sini...

Petisyen “Remove Rohingya from Malaysia” Dikenakan Sekatan

Petisyen “Remove Rohingya from Malaysia” Dikenakan Sekatan

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebuah petisyen dalam talian bertajuk "Remove Rohingya from Malaysia" yang dilancarkan pada 29 Mei lalu tidak lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd