• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Kencing Di Tempat Wuduk Undang Kemarahan

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA lelaki dipercayai warga China yang bertindak biadap dengan membuang air kecil di tempat mengambil wuduk mengundang reaksi negatif daripada netizen.

Menurut seorang netizen bernama Nur Hafidzah, insiden ini berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara, Petaling Jaya pada jam 5.19 petang, pada Rabu.

Kata Hafidzah, kedua-dua individu berkenaan pada awalnya dilarang oleh orang awam daripada berbuat demikian.

Insiden ini berlaku kepada saudaqra lelakinya dan diceritakan semula oleh Hafidzah.

“Saya sedang mahu mengerjakan solat, dan saya terdengar bunyi bising daripada tempat mengambil wuduk surau tersebut, jadi saya lihat di tempat wuduk itu dan terlihat tiga lelaki (dipercayai sebagai warga negara China berdasarkan loghat mereka yang pekat).

“Salah seorang daripada mereka seolah-olah memahami apabila saya dan seorang lagi lelaki Muslim memberitahu mereka bahawa itu bukanlah tempat untuk buang air kecil.

“Tidak puas hati, meskipun dengan berkaki ayam, saya keluar daripada surau itu, dan syukur kerana terdapat seorang Polis Bantuan yang secara kebetulan sedang berjalan menuju ke arah saya.

“Saya meminta bantuan beliau untuk mengawal situasi, pada waktu yang sama salah seorang yang tadi selamba kencing sedang keluar daripada surau.

“Setelah selesai solat, saya keluar daripada surau itu dan ternampak mereka yang selamba kencing itu, tanpa peduli dan hormat agama lain, masih lagi bersama dengan Polis Bantuan tersebut dan dengan beberapa petugas MRT.

“Saya berharap MRT cukup bijak untuk mengawal kes sebegini.”

Namun begitu, kedua-duanya dikatakan tetap berdegil dan terus bertindak melampau membuang air kecil ditempat mengambil wudhu berkenaan.

Ekoran itu, orang awam terpaksa meminta bantuan daripada polis bantuan di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan insiden tersebut kepada pihak MRT.

Sementara itu menerusi laman Twitter pula, kami difahamkan pihak Rapid KL telah mengambil maklum berhubung insiden itu dan tindakan susulan akan diambil. – MYNEWSHUB.CC/AM

Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Sebarang Usaha Memudahkan Kesukaran Najib Mendapatkan Haknya Dianggap Berpahala – Nik Abduh

Sebarang Usaha Memudahkan Kesukaran Najib Mendapatkan Haknya Dianggap Berpahala – Nik Abduh

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berpandangan bahawa umat Islam yang membantu membayar...

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa melahirkan kebimbangan pengurangan hukuman, pembayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd